seismik

"Rent An Umbrella" - Payunglah Tawar Khidmat Sewa Payung Harga RM2 Sehari Di Stesen MRT

Inisiatif Payunglah boleh didapati di lebih daripada 10 stesen MRT seluruh negara.

Cover image via Adiba Azhani (Facebook) & Payunglah (Facebook)

Follow kami di WhatsApp Channels, TelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Kebelakangan ini, boleh dikatakan hujan lebat turun hampir setiap hari di ibu kota, adakalanya hujan akan turun awal pagi atau lewat petang

Bagi yang mempunyai kenderaan sendiri pastinya tidak ada masalah untuk bergerak, tetapi bagaimana pula bagi penjalan kaki khususnya pengguna kenderaan awam. Pastinya, kadangkala susah untuk bergerak bila tiba waktu hujan turun bukan?

Kini, anda tidak perlu risau lagi, Payunglah iaitu sebuah syarikat perkhidmatan payung kongsi, menyediakan perkhidmatan sewaan payung serendah RM2 sehari yang terletak berhampiran stesen MRT.

Kemudahan atau perkhidmatan sewa payung daripada Payunglah itu tular baru-baru ini, apabila seorang pengguna di Facebook memuat naik gambar tentang inisiatif tersebut di sebuah Facebook group Malaysian Land Public Transport Fans (MLPTF).

Menurut wanita itu, dia melihat perkhidmatan sewa payung berkenaan tersedia dan terletak di salah sebuah stesen MRT di Lembah Klang.

Katanya lagi, ia merupakan inisiatif yang baik dan dia berharap tiada orang yang salah gunakan perkhidmatan itu serta tidak merosakkannya.

Turut boleh didapati di beberapa hotel sekitar kawasan di Lembah Klang

Menerusi maklumat di laman rasmi Facebook Payunglah, inisiatif  berkenaan boleh didapati di lebih daripada 10 stesen MRT seluruh negara.

Kemudahan tersebut juga terdiri daripada lebih 500 jumlah payung tersedia dan akan ditambah lagi pada masa akan datang.

Bukan sahaja di stesen MRT, malah Payunglah juga boleh didapati di beberapa hotel sekitar kawasan Lembah Klang seperti:

-The Royale Chulan Damansara
- AnCasa Hotel Kuala Lumpur
- Furama Bukit Bintang
- Royale Chulan The Curve
- KIP Hotel Kuala Lumpur
- Crystal Crown KL Hotel

Muat turun aplikasi Payunglah terlebih dahulu dan bayar RM2 untuk sehari sewaan

Bagi yang berminat, anda boleh menyewa payung ini dengan hanya serendah RM2 sahaja dalam tempoh sehari menerusi aplikasi Payunglah.

Setelah selesai sahaja menggunakan kemudahan tersebut, anda boleh memulangkan semula payung di kiosk Payunglah yang sama atau di cawangan lain.

Untuk makluman, orang ramai juga boleh menggunakan aplikasi atau laman web Payunglah bagi mencari payung yang tersedia dan unlock kunci dari lokasinya.

Penggunaan aplikasi berkenaan adalah bertujuan untuk mengenal pasti lokasi sewaan payung dan tempat di mana anda boleh melakukan bil pembayaran.

Haa.. lepas ni, korang tak perlu risau lagi dah bila hujan turun. Sewa je Payunglah!

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik lain hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: