"Memang Slay BM Dia" - Dua Rakan Berbangsa Cina Fasih Cakap Melayu Ini Cuit Hati Netizen
Memang bunyi Melayu habis.
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Fasih berbahasa kebangsaan terutamanya dalam kalangan orang bukan Melayu sememangnya sangat menakjubkan
Gaya percakapan mereka yang petah membuatkan mereka nampak luar biasa berbanding orang lain kerana bukan semua bangsa Cina dan India pandai bertutur bahasa Melayu dengan fasih.
Tular baru-baru ini, sebuah video di TikTok di mana kelihatan dua orang rakan berbangsa Cina fasih berbahasa Melayu telah mencuri tumpuan netizen.
Menerusi video yang dimuat naik oleh @xiaorou71 di laman TikToknya, kelihatan mereka sedang menjawab soalan yang diajukan daripada para followernya.
Apa yang lebih menarik, gadis dan lelaki itu dengan selamba menjawab dalam bahasa Melayu dan bertutur dengan fasih.
Dalam video itu juga, lelaki Cina yang fasih berbahasa Melayu berkenaan turut dilihat menyanyi lagu Lelaki Ini nyanyian asal Anuar Zain sambil bermain piano.
"Orang mana. First time I dengar orang Cina speak Malay smooth and next level" - Netizen
Ketika artikel ini ditulis video berkenaan telah pun meraih lebih 304.1K views, 25.6K likes dan 184 comments di TikTok.
Hasil tinjauan di ruangan komen mendapati bahawa rata-rata netizen turut merasa bangga dengan dua rakan berbangsa Cina itu dan memuji kefasihan mereka bercakap bahasa Melayu.
Berikut antara komen menarik daripada netizen di TikTok:
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!