seismik

Jenama Kopi Tempatan Dakwa Terima Banyak 'Order' Masuk Gara-Gara Boikot Rakyat Malaysia

Trend itu dilihat pelanggan Melayu kini memilih untuk membeli dari kedai kopi lokal berbanding jenama terkenal.

Cover image via @viralperak (X) & NU Sentral (Facebook)

Follow kami di WhatsApp Channels, TelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Beberapa francais kopi tempatan di Malaysia dilaporkan menerima sambutan positif berikutan boikot ke atas produk pro-Israel, yang menyebabkan ramai rakyat memilih jenama kopi tempatan yang tidak dikaitkan atau menyokong Israel

Menerusi laporan New Straits Times, salah seorang pengurus kedai kopi di bawah sebuah francais menyatakan bahawa peningkatan trend itu telah diperhatikan sepanjang minggu lalu, sejak permulaan kempen.

"Kami mengalami peningkatan ketara dalam hasil sekitar 30 peratus berbanding angka sebelumnya,"
katanya.

Beliau menekankan perubahan dalam demografi pelanggan, mencatatkan lonjakan pelanggan Melayu yang memilih untuk membeli dari kedai kopi lokal berbanding jenama terkenal.

Gambar sekadar hiasan

Image via Gigi Coffee

Catat peningkatan keuntungan dan terima lebih banyak pesanan ketika ini

Seorang lagi pengurus cawangan kedai kopi tempatan juga berkata, boikot itu telah menyumbang kepada permintaan yang lebih tinggi untuk produk mereka dan meningkatkan lagi pendapatan.

“Peningkatan ini menjadi lebih ketara apabila orang ramai mula menyebarkan maklumat di media sosial mengenai alternatif tempatan kepada jenama terkenal yang membiayai senjata Israel.

“Harga yang kami tawarkan juga lebih berpatutan berbanding harga jenama terkenal," katanya, sambil menambah bahawa lonjakan permintaan juga telah mendorong pengambilan lebih ramai pekerja untuk memenuhi keperluan kedai itu.

Akhbar New Straits Times sebelum ini turut melaporkan bahawa gelombang boikot yang menyasarkan produk yang dikaitkan dengan Israel telah memberi tamparan hebat kepada pelbagai francais makanan dan minuman.

Pergerakan ini telah menyebabkan penurunan ketara dalam jumlah pelanggan yang membelanjakan wang mereka dan membeli produk-produk keluaran jenama terkenal.

Gambar sekadar hiasan

Image via ZUS Coffee (Facebook)

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik lain hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: