"Siti Nurhaliza Pembayar Zakat Tertinggi Dalam Kategori Penyanyi" - Lembaga Zakat Selangor
Difahamkan, Siti juga tidak pernah culas membayar zakat sejak tahun 2019.
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Penyanyi tersohor negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza telah diundang ke Program BizJihad anjuran Lembaga Zakat Selangor (LZS) yang berlangsung di Pusat Konvensyen Majlis Bandaraya Shah Alam baru-baru ini
Ketika program tersebut berlangsung, motivator yang mengendalikan program itu mendedahkan penyanyi berusia 44 tahun itu merupakan penyumbang zakat tertinggi dalam kalangan selebriti di Malaysia.
Malah, Siti atau nama lengkapnya Siti Nurhaliza Tarudin dikatakan tidak pernah gagal menjelaskan bayaran zakat sejak lima tahun lalu meskipun mempunyai bantuan dan yayasan sendiri.
"Boleh dikatakan dalam kalangan artis atau lebih spesifik, kalangan penyanyi saya boleh katakan Datuk Seri Siti Nurhaliza adalah pembayar tertinggi zakat di Lembaga Zakat Selangor.
"Harapnya selepas ini, akan ada lebih ramai rakan artis yang mengikut jejak langkah Datuk Seri Siti.
"Dalam tempoh lima tahun tidak pernah gagal membayar zakat, walaupun banyak membuat kerja kebajikan lain seperti menguruskan Yayasan Nur Jiwa dan sebagainya," kongsi motivator itu.
Sikap mulia penyanyi terkenal itu diharap dapat dijadikan contoh kepada penggiat seni tanah air yang lain
Potongan siaran langsung program tersebut kemudian dirakam dan dimuat naik semula oleh seorang pengguna media sosial di platform X sehingga mencuri perhatian ramai warganet.
Rata-rata mereka yang singgah ke ruangan balas itu meluahkan rasa kagum dengan pelantun lagu Cindai itu.
Malah, mereka turut akui pertama kali mengetahui mengenai hal tersebut dan menyifatkan Siti sebagai seorang yang berhati mulia.
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!