Don't miss out! We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.
seismik

Anak 16 Orang & Suami Lumpuh Bukan Penghalang Ibu Ini Jaga Anak Sampai Masuk Universiti

Makan nasi tanpa lauk sudah menjadi kebiasaan buat 16 beradik ini. Sekadar nasi campur air, garam, dan sedikit gula.

Cover image via Facebook Wiyana Ali

Pengorbanan ibu bapa merupakan pengorbanan paling tinggi yang tidak wajar kita dilupakan

Banyak kesusahan dan kepayahan yang telah mereka lalui demi membesarkan kita sehingga menjadi insan yang berguna kepada agama, bangsa, masyarakat dan negara, maka, janganlah kita melupakan pengorbanan yang dilakukan oleh mereka.

Seorang pengguna Facebook, Widyana Ali, baru-baru ini telah berkongsikan satu kisah menyentuh hati tentang ibu mentuanya yang cekal membesarkan 16 orang anak di samping menjaga suaminya yang lumpuh.

Widyana Ali bersama suaminya, Mohd Yazid Ismail, di samping 5 orang anak, anak angkat serta anak susuan.

Image via Facebook Widyana Ali

Meskipun hidup susah, namun ibu hebat itu telah membesarkan anak-anak secara sendirian sehingga masing-masing berjaya melanjutkan pelajaran ke menara gading.

Kata Widyana, "Ini kisah survival keluarga suami saya. Saya copy & paste untuk bagi semangat kepada ibu-ibu yang tengah struggle."

"Kita ibu bapa di zaman yang penuh cabaran ni kena ambil pengajaran dari kisah mereka. Solat jemaah kena betul-betul jaga supaya tenang hidup di dunia dan akhirat," tambahnya.

Baca kisah penuh ibu mentuanya di bawah:

Saya ada 16 adik beradik seibu sebapa

1 hingga 11 semua lelaki.
12 hingga 16 semua perempuan.

Ada orang rasa stress dan sedih bila beranak 5 orang sederet lelaki. Mak saya rilek je dapat 11 anak semua lelaki.

Alhamdulillah walaupun hidup sangat susah, kesemua 16 beradik berjaya sambung pelajaran ke universiti.

Image via Facebook Mohd Yazid Ismail

Pada tahun 1991, masa mak mengandung anak ke-16 ayah diserang stroke dan lumpuh. Hilang sumber pendapatan. Tiada simpanan sebab hidup cukup-cukup makan je. Pihak masjid bagi wang ehsan setiap bulan hanya RM150.

Mak besarkan kami 16 beradik dan dalam masa yang sama uruskan ayah yang lumpuh dengan hanya 150 ringgit sebulan. Macam mana boleh survive? Ni semua urusan Allah. Semua rezeki dari Allah.

Allah bagi "rezeki" kepada anak-anak dalam bentuk kesedaran untuk berdikari

Walaupun masih sekolah rendah kami dah mula cari duit sendiri. Jadi buruh sementara, kutip botol dan tin aluminium untuk dijual, bercucuk tanam dan lain-lain.

Pada tahun 2001, ketika tingkatan 4, saya masih kutip kayu api untuk masak. Ada berlaku kecederaan ketika sedang memotong kayu, parang terkena kat tangan. Ada kesan parut di tangan kiri.

Makanan kami juga tidak semewah orang lain. Makan nasi tanpa lauk sudah jadi kebiasaan. Sekadar nasi campur air, garam dan sedikit gula sudah memadai. Mujur di sekolah ada Rancangan Makanan Tambahan RMT, dapatlah kami rasa makan yang sedap secara berterusan.

Image via Facebook Mohd Yazid Ismail

Walau keadaan hidup begitu susah, tidak pernah sekalipun mak berhenti berjuang mahupun mengaku kalah dalam membesarkan anak-anaknya.

Mak juga tidak berkeluh-kesah di hadapan anak-anak, biarpun beberapa kali saya melihat mak menangis mungkin kerana terlalu berat menanggung keperitan hidup.Kami anak-anak yang masih kecil ketika itu hanya boleh menahan sedih melihat keadaan emak.

Ketika itu memang tidak banyak yang boleh kami bantu, malah untuk angkat ayah yang lumpuh untuk dimandikan pun susah. Saya banyak kali menangis sebab melihat ayah yang makin lemah dan kudis di badannya makin besar disebabkan terlalu lama baring..sangat meruntun jiwa.

Image via Facebook Mohd Yazid Ismail

Nasib baik abang-abang di sekolah menengah banyak tolong dengan penuh kesabaran tetapi apabila mereka masuk universiti, tinggal kami yang kecil-kecil sahaja di rumah.

Sehingga tahun 2001, kami masih memasak menggunakan dapur kayu api. Bukan tidak ada dapur gas tetapi mahu menjimatkan wang daripada membeli gas. Kalau bekalan kayu api berkurang, kami adik beradik akan masuk hutan mencari kayu api. Ketika itu tiada lagi orang kampung yang mengutip kayu api, hanya keluarga kami sahaja.

Mak pula pegang prinsip tidak akan hutang duit orang. Hidup dengan sekadar apa yang ada.

Alhamdulillah, beban emak sedikit ringan apabila abang-abang di universiti mengirim duit biasiswa masing-masing untuk adik-adik di kampung. Pernah abang saya cerita, dia sanggup ikat perut semata-mata untuk hantar duit ke kampung.

Sepanjang ingatan saya, semasa ayah masih hidup dan sihat, dia tidak pernah bertanya tentang pencapaian pelajaran anak-anak, tapi ayah selalu tanya tentang solat di masjid atau tak. Arwah ayah selalu pesan, "Tidak guna belajar tinggi dan pangkat tinggi tapi solat jemaah tidak dijaga". Arwah ayah memang sangat menekankan amalan agama.

Image via Facebook Mohd Yazid Ismail

Walaupun kami masa masih bersekolah dan sangat sibuk dengan mencari duit tapi kami tetap ke masjid solat jemaah. Kami cuma dapat belajar ketika di sekolah sahaja kerana di rumah kami sibuk dengan kerja dan mengasuh adik-adik yang masih bayi. Namun, syukur semuanya kini cemerlang dalam pelajaran. Alhamdulillah 1 hingga 16 berjaya semua masuk universiti.

Pesanan untuk ibubapa, bagi mendapat keluarga yang bahagia di dunia dan akhirat berilah penekanan pada pendidikan agama terutamanya solat. Anak-anak lelaki mesti dibiasakan dengan solat jemaah.

Sekarang bila tengok orang yg kutip tin dan botol di tepi jalan saya teringat keadaan saya dulu-dulu. Walaupun saya dah hidup senang dan alhamdulillah bisnes saya maju tapi saya tak lupa asal usul saya.

- Ditulis oleh anak ke-11, Mohd Yazid Ismail.

Semoga perkongsian ini menjadi inspirasi buat ibu bapa yang struggle membesarkan anak-anak!

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Comel je family ini buat pertandingan adik beradik yang mana paling kerap balik kampung!

Lagi artikel di SAYS Seismik:

Don't miss out on Malaysia's top stories!

We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.

Leave a comment