seismik

"Apa Saja Anugerah Allah, Bersyukurlah" - Anak 7, Seorang Pun Tak Masuk Universiti Tapi...

Berjaya dalam kehidupan tidak seharusnya diukur dari sudut kejayaan akademik sahaja, bahkan harus dipandang dari sudut lain juga seperti agama, sahsiah, dan kemahiran.

Cover image via Google

Semua ibu bapa mahukan anak-anak mereka cemerlang dalam semua aspek kehidupan

Kebanyakan ibu bapa mahu anak mereka cemerlang dalam pelajaran sehingga berjaya menggondol semua mata pelajaran atau straight A dalam peperiksaan.

Mereka mahu anak mereka melanjutkan pengajian sehingga ke menara gading dan dianugerahkan segulung ijazah yang membolehkan mereka bekerja di syarikat-syarikat dan firma-firma yang besar.

Walau bagaimanapun tidak semua orang bernasib baik dalam hal ini. Kadang-kala terdapat beberapa perkara yang menghalang seperti kekurangan sumber, kekurangan kewangan, ketidakupayaan belajar dan lain-lain.

Namun begitu, berjaya dalam kehidupan tidak seharusnya diukur dari sudut kejayaan akademik sahaja, bahkan harus dipandang dari sudut lain juga seperti agama, sahsiah, dan kemahiran.

Anak-anak yang berjaya dunia dan akhirat adalah anak-anak yang seimbang hidupnya, dan paling penting sekali, anak-anak yang tidak lupakan ibu bapa mereka, sampai bila-bila.

Image via Indahnya Islam

Satu perkongsian dari pengguna Facebook, Nasir Rahman menjelaskan situasi tersebut

Dalam perkongsian yang mendapat lebih 25 ribu likes dan 11 ribu shares itu menyatakan bahawa kejayaan anak-anak tidak semestinya dilihat dari aspek pendidikan sahaja malah perlu dilihat dari aspek yang menyeluruh.

Penulis menceritakan tentang kisah sahabatnya yang mempunyai 7 orang anak namun tiada seorang pun daripada anak-anaknya itu yang berjaya masuk ke universiti akan tetapi masing-masing hidup dalam keadaan tenang dan selesa.

Baca perkongsian penuh di bawah:

Kawan saya ada tujuh orang anak, tiada seorang pun yang berjaya melangkah ke universiti. Selepas SPM, paling hebat pun masuk Giatmara atau pusat latihan SKM.

Anak perempuan sulung, selepas SPM terus berkahwin dengan jejaka pilihan hati yang juga merupakan orang sekampung. Suami kerja kontrak, menyawit. Sekarang duduk jaga kebun-kebun orang kampung. Dapat jugalah bawa kereta 'H'. Anak pun ramai, buat rumah sebelah rumah mak bapak.

Anak yang kedua, buka kedai makan di bandar Batu Pahat. Kahwin dengan orang sekampung. Mentua buatkan rumah di tanah kampung. Fuh, cantik rumahnya. Ada dusun tiga hektar.

Anak ketiga, keempat, kelima, keenam dan ketujuh selepas SPM kerja biasa-biasa. Ada kerja kat pasar, ada kerja kampung dan sebagainya. Cucu dah ada lima.

Semua anak-anak dia walaupun tak berjaya dalam pelajaran, semua saya tengok 'sejuk mata memandang'. Rajin kerja, rajin bermasyarakat, rajin berjemaah di surau.

Rumah dia, meriah sangat. Maklumlah cucu sebelah rumah saja. Kiri kanak depan belakang rumah penuh dengan tanaman dan sayuran. Anak ramai, kena tanam sayur sendiri, bela ayam itik sendiri, bela ikan keli dan sebagainya.

Kawan saya ini kerja kampung, dia ada kebun sawit. Cukup katanya untuk menyara keluarga. Bawa van besar sebab keluarga besar.

Apa yang saya nak kongsikan dalam apa yang saya lihat, hidup dia cukup bahagia. Suami isteri 'cool' saja, tenang saja. Bangun pagi, mandi, pergi surau berjemaah subuh. Ngeteh dengan anak-beranak di anjung, borak-borak. Jam 7.30 pagi masing-masing gerak ke tempat kerja.

Anak-anak dan cucu-cucu keliling rumah, riuh rendah. Masa raya lepas, meriah sangat. Masak rendang ayam kampung pun satu periuk besar.

Kawan saya kata dia sangat bersyukur walaupun anak-anak dia tak berjaya dalam pelajaran.

Masa isteri dia masuk hospital, bergilir-gilir anak dia jaga. Makan pakai emak sakit, semua dijaga.

Kadang-kadang terfikir juga saya, apa ukuran 'kejayaan' sebenar bagi ibu bapa? Adakah kerana Allah kurniakan anak-anak yang 'kurang genius' menunjukkan dia gagal? Bukankah otak bergeliga itu anugerah Allah?

Saya tahu perasaan bila anak scored straight A's dari tadika sampai SPM. Saya juga ada anak yang kutip E dan G sebab dia lambat ambil result (dia kerja dengan saya, very hard working dan dialah tulang belakang saya sekarang).

Bagi saya, apa-apa anugerah Allah kita bersyukurlah. Dalam kita mendongak ke langit, janga kita lupa bumi dipijak.

Sekian cerita merepek dari saya.

Semoga perkongsian ini memberi manfaat buat kita semua!

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Baca kisah 9 beradik kongsi duit beli kereta untuk ayah mereka:

Lagi perkongsian di SAYS Seismik:

You may be interested in: