Don't miss out! We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.
seismik

Anak 7 Bulan Maut Dalam Perut, Isteri Ikut Jejak Anak Tiga Hari Kemudian

Allahu, semoga tabah wahai suami.

Cover image via Twitter @Noorfatimah99

Tuhan merahsiakan 3 perkara daripada manusia iaitu rezeki, jodoh, dan maut

Image via amazonaws.com

Manusia hanya mampu merancang tetapi Allah yang menentukan segalanya. Tidak ada seorang pun yang boleh mengubah mahupun menghalangnya, lebih-lebih lagi ajal.

Allah berfirman dalam Surah An-Nisa' ayat 78 yang bermaksud:

"Di mana saja kamu berada, kematian akan mendapatkan kamu, kendati pun kamu di dalam benteng yang tinggi lagi kukuh."

Seorang gadis menerusi Twitter telah berkongsi satu kisah yang begitu meruntun hati mengenai ajal yang menimpa anak dan isteri kepada sepupunya yang dipanggil 'abang'

Abang dan isterinya.

Image via Twitter @Noorfatimah99

Gadis tersebut @Noorfatimah99 atau Fatimah menceritakan sepupunya itu kehilangan dua insan tersayang dalam masa 3 hari sahaja.

Pada mulanya, bayi yang dikandung 7 bulan di dalam perut isterinya disahkan meninggal dunia. Tiga hari kemudian, isterinya pula mengikut jejak anaknya itu tanpa disangka-sangka.

Menurut Fatimah lagi, ajal maut isterinya itu seakan-akan sudah ada tandanya menerusi mimpi si ibu

Dalam mimpi itu, ibunya meminta untuk membuang segala wayar yang ada pada tubuhnya, malah dia juga mengeluh sakit dan sudah tidak tahan lagi.

Lebih menyedihkan, mereka berdua tidak sabar menunggu kelahiran cahaya mata pertama mereka dalam masa 2 bulan sahaja lagi

Siapa sangka, kegembiraan menanti cahaya mata sulung bertukar menjadi air mata hiba buat 'abang'.

"Doakan abang kuat," tulis Fatimah

Warga Twitter masing-masing meluahkan rasa simpati dan takziah atas pemergian kakak ipar Fatimah dan anaknya

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Allah, sedihnya :'(

Don't miss out on Malaysia's top stories!

We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.

Leave a comment