seismik

"Maryam Kalau Sakit Jangan Tahan" - Ibu Ini Terpaksa Melepaskan Anak Selepas 24 Jam Lahir

Menitis air mata lepas baca perkongsian ini. Allahu, Maryam...

Cover image via Instragram @rapakjik

Luluh hati seorang ibu apabila kehilangan anak tersayang walaupun baru sahaja dilahirkan. Mana tidaknya, anak itu dikandung selama sembilan bulan, di bawa kemana-mana namun pengakhirannya amat menyedihkan.

Seperti perkongsian yang tular di laman Twitter dan Instagram baru-baru ini mengenai seorang wanita yang baru sahaja melahirkan namun telah kehilangan bayinya dalam masa yang begitu singkat.

Sedih tak terkata bila baca perkongsian tersebut. Apalah perasaan seorang ibu ketika mendapat tahu bahawa anaknya itu tiada peluang untuk hidup seperti bayi yang lain.

Allahu...

Gambar sekadar hiasan

Image via Independent.co

Baca perkongsian penuh di bawah:

Bayi yang diberi nama Maryam telah lahir secara normal pada 2 Disember 2018, jam 2:17 pagi. Namun, Maryam telah disahkan menghidap penyakit "Potter Syndrome".

View this post on Instagram

Bismillah.. 2 Disember 2018 Nurul Maryam selamat dilahirkan secara normal. Kuatnya Maryam ni. Pukul 2.17 pagi dengan ayah yg sentiasa disisi. . Pukul 4pagi Doktor paeds jumpa ibu ayah. Maklumkan tentang Maryam. Potter syndrome. Tak pernah dengar kan. 1 dlm 30000 kes ni. Bukan genetic bukan masalah chromosomes. She just can last long for few hours. Ibu ayah dah bersedia InshaAllah pada masa tu. . Pukul 7 pagi Dr paeds jumpa ibu lagi. Maklumkan respon positif dari Maryam, bila diorang masukkan bantuan oxygen. Alhamdulillah. Ibu cukup bersyukur sebab ibu nak jumpa anak ibu ni. Anak ibu yang kuat ni. . . Pukul 1130pagi Ibu dapat jumpa Maryam. Cantiknya anak ibu. Subhanallah putih comel. Tapi, doktor kata, Maryam tak boleh bertahan lama, paru2 Maryam dah bocor. . Pukul 1230tghr Maryam yang cantik dapat jumpa semua orang. Nenek pakcik makcik semua. And Maryam bukak mata bila ayah panggil. Maryam genggam jari ayah bila ayah panggil. . Pukul 5 petang Orang tak henti2 melawat Maryam. Semua cakap Maryam cantik. Semua cakap Maryam kuat. Doktor buat scan lagi nak tahu apa masalah Maryam. Result scan menunjukkan Maryam tkde kidney, limpa and salur najis. Kesian anak ibu. Ibu redha Maryam. Ibu taknak Maryam sakit. . Pukul 8malam Ibu kena demam menggigil. Sebab ibu tk rehat sejak lahirkan Maryam. Ibu kuat bangun lawan sakit sebab nak tengok Maryam. Bila sakit, ibu kena jugak rehat atas katil. Ibu rindu Maryam. . 3 Disember 2018 Pukul 1.17 pagi Ibu terjaga. Terdetik dekat hati ibu. Apelah khabar Maryam ibu ni. Ibu terus cakap, Maryam sayang kalau sakit tak payah tahan. Pergilah. Ibu redha. Then lepastu, nurse datang ckp dgn ibu, nicu call nak jmpa ibu. Then i know Maryam dgr ape ibu ckp kan. . Bila ibu sampai, heartbeat Maryam dah drop smpai 44. Ibu cakap, Maryam tunggulah ayah. Ayah datang tu. Itulah pertama kali ibu dapat peluk Maryam dengan ada banyak wire yg berat. Sakit mulut anak ibu kan. Bila ayah datang, heartbeat Maryam jadi stabil balik. Manja dgn ayah ni. Ibu bagi ayah pegang pulak. Sebab tangan ibu dah lenguh. . 3.35 pagi Nurse kejut ibu sebab ibu tertidur dekat situ. “Puan Anak dah takde puan”. Allah luluhnya hati ibu dengar. Tq Maryam utk 24jam yg ada.

A post shared by IG/rapakjik (@rapakjik) on

Ketika dipeluk oleh ayahnya, degupan jantung Maryam kembali normal. Namun, ianya tidak bertahan lama...

Masyarakat yang telah membaca tentang kisah sedih ini juga turut bersimpati dan tersentuh dengan apa yang telah berlaku

Semoga Maryam tenang di sana. Amin...

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Baca juga perkongsian menyayat hati yang lain hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: