seismik

'Menangis Seolah Hilang Ibu Di Mall' - Lelaki Ini Kongsi Saat Sedih Ketika Di Mahkamah

Seganas mana pun kita, bila dipeluk ibu memang akan berderai air mata.

Cover image via Sinar Harian

Apabila seseorang telah melakukan kesalahan yang melanggar undang-undang di Malaysia, mereka akan ditangkap oleh pihak berkuasa dan individu terbabit perlu menjalani beberapa peringkat perbicaraan sebelum hukuman dijatuhkan oleh pihak mahkamah

Image via Slide Share

Atur cara diatas hendaklah diikuti oleh setiap OKT (Orang Kena Tuduh) ketika perbicaraan mula dijalankan.

Namun, jika kes tersebut masih dalam siasatan, perbicaraan dan tempoh reman mungkin akan menjadi lebih panjang dan tertuduh serta keluarga harus hadir disetiap perbicaraan mengikut tarikh yang ditetapkan oleh pihak mahkamah.

Seorang lelaki yang dikenali sebagai Mufarwa Farid melalui laman Facebook telah berkongsi pengalaman sedih yang dilihat ketika beliau berada di mahkamah

Gambar sekadar hiasan

Image via Forensic Student USM

Menurutnya, saat paling sedih adalah ketika berakhirnya perbicaraan di mahkamah. Keluarga pesalah akan berkerumun untuk berjumpa dengan pesalah diikuti tangisan yang tiada henti sehinggakan orang yang berada di dalam ruangan itu juga turut menangis kerana tidak mampu untuk menahan kesedihan yang dilihat.

Baca perkongsian penuh beliau di bawah:

"Muka nampak ganas, bila dipeluk emak, menangis seolah-olah hilang emak di shopping mall."

Kalau di Mahkamah, benda yang paling aku elak sekali untok tengok adalah ketika habisnya kes, ahli keluarga berkerumun pergi ke arah kandang dan berjumpa tertuduh yang berpakaian banduan.

Waktu itu air mata, hingus hidung, teriakan dan tangisan semuanya boleh dilihat daripada dua-dua belah pihak.

Yang paling aku tak boleh tengok, apabila ibu dan tertuduh menangis sambil peluk dengan badan mereka bergetar-getar menahan tangisan. Sedih sangat.

Muka gengster macam mana pun, kau tokey dadah besar mana pun, kau bunuh orang banyak mana pun, tapi bila mak kau menangis sambil peluk kau, hilang terus title taiko kau dan air mata dah tak fikir lagi nak mengalir keluar.

Banyak kali dah aku tengok peristiwa macam ni. Muka ganas, ada parut kat mata kesan bergaduh kena libas dengan pedang samurai. Tangan bertatoo naga - Tapi bila ibu dia datang peluk dan menangis, terus jadi macam budak hilang mak kat shopping mall.

"Banyak mana pun kawan kita, akhirnya mak dan ayah kita juga terima kita dalam keadaan berbaju banduan dan banyaknya pertuduhan jenayah kita di mahkamah."

Kalau benda macam ni berlaku, memang aku terus keluar court laju-laju lah. Tak sanggup tengok. Kang dengan aku-aku pun menangis sambil peluk mak dia.

Itulah gunanya keluarga.

Banyak mana pun kawan-kawan dan keliling pinggang ramai awek, akhirnya keluarga juga orang yang terima kita waktu susah. Mak dan ayah kita juga terima kita dalam keadaan berbaju banduan dan banyaknya pertuduhan jenayah kita di mahkamah.

Mereka takkan hirau bau badan masam, bau baju hanyir dan ketiak busuk kita waktu kita peluk dia. Yang penting, mereka dapat peluk kita dan sentiasa bersedia untok menerima kita, walau jahat mana pun diri kita ini.

Sesungguhnya, hargailah ahli keluarga anda. Memang mereka selalu sibuk dengan kerja dan sebagainya, namun pengakhirannya jika anda mengalami masalah, mereka yang akan sentiasa bersama anda.

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Antara perkongsian lain di SEISMIK:

You may be interested in: