Don't miss out! We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.
seismik

Anak-Anak Hadiahkan Motosikal Impian Ayah, Video Ini Buat Ramai Sebak

Murah rezeki mereka.

Cover image via Twitter

Follow kami di Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Pengorbanan ibu bapa memang tidak dapat diganti dengan apa sekali pun

Jasa mereka membesarkan dan mendidik kita, tiada gantinya. Namun, sebagai seorang anak, adalah perlu untuk kita membalas jasa mereka dengan membuat mereka bahagia. 

Walaupun ia tidak seberapa, tetapi mereka pasti menghargai pemberian si anak. Yang penting niat kita ikhlas dan masih taat pada mereka.

Baru-baru ini, tular sebuah video memaparkan adik-beradik menghadiahkan bapa mereka sebuah motosikal telah mencuri tumpuan ramai.

Lihat video itu di bawah:

Ayah tak sangka anak-anak hadiahkan motor idaman

Menerusi video tersebut, kelihatan sebuah keluarga sedang berada di kedai motosikal. Dapat dilihat, adik-beradik itu turut membawa ayah mereka ke kedai tersebut.

Namun, apa yang si ayah tidak tahu adalah sebenarnya anak-anaknya telah merancang sesama mereka untuk menghadiahkan ayah mereka sebuah motosikal idaman.

Difahamkan, si ayah sudah lama mengimpikan motosikal tersebut. Malah, nombor plat motosikal berkenaan juga diambil sempena nama ayah mereka dan juga nombor plat lori kesayangan si ayah.

Image via Twitter

"Seronok tengok video macam ni. So positive" - Netizen

Dalam pada itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut memberikan pelbagai reaksi dan ada yang sebak melihat video berkenaan.

Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 3,127 retweets, 429 quotes tweets dan 7,692 likes di Twitter.

Berikut di bawah adalah antara komen daripada netizen di Twitter:

Image via Twitter

Image via Twitter

Image via Twitter

Image via Twitter

Kita pula yang sebak tengok :,)

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Lagi artikel menarik di SAYS Seismik:

Don't miss out on Malaysia's top stories!

We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.

Leave a comment