"Harga Sepinggan" - Individu Dakwa Harga Nasi Kandar Ini Terlalu Mahal Untuk Seorang Makan
Mahalnya oi.
Zaman sekarang, semua barangan dan harga makanan boleh dikatakan agak mahal
Ditambah pula dengan ekonomi yang tidak menentu. Harga sekarang tidak sama dengan harga barangan pada zaman dahulu.
Malah, makanan juga tidak semuanya murah. Jadi, kita perlulah berpada-pada dan nasihatkan untuk berjimat.
Baru-baru ini, tular sebuah ciapan memaparkan seorang individu berkongsi harga makanan yang dipesan di sebuah restoran nasi kandar telah mencuri perhatian ramai.
Lihat ciapan itu di bawah:
Dakwa harga terlalu mahal untuk sepinggan
Menerusi ciapan tersebut, kelihatan seorang individu berkongsi harga makanan yang dibelinya di sebuah restoran mamak.
Dapat dilihat, individu itu berkongsi dia terkejut dengan harga makanannya. Difahamkan, dia memesan nasi kandar dengan dua ekor udang.
Keseluruhan harga makanan tersebut adalah RM56.50 tidak termasuk dengan air.
"Harga sepinggan. Terbaik. Tak termasuk ayaq (air)," tulisnya.
"Murah. Aku pernah kena RM65 udang seekor. Hahaha. Koyak siot" - Netizen
Sementara itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut memberikan pelbagai reaksi dan pandangan mereka mengenainya.
Ketika artikel ini ditulis, ciapan berkenaan telah meraih 1,300 retweets, 522 quotes tweets dan 3,800 likes di Twitter.
Berikut di bawah adalah antara komen daripada netizen di Twitter:
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!