seismik

Individu Ini Persoal Harga Nasi Putih, Telur Dadar & Sirap Ais Boleh Sampai RM7

Nasi bujang pun dah mahal.

Cover image via @brgsjks (Twitter)

Follow kami di Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Dengan ekonomi tidak menentu, banyak perkara yang telah membawa kesan kepada masyarakat

Contohnya dengan harga kenaikan barang yang ternyata menjadi perkara paling utama. Iyalah, kalau dulu RM100 boleh beli banyak benda, tetapi dengan ekonomi sekarang, RM100 hanya boleh dapat sikit sahaja barang. Malah, harga makanan juga turut naik dek kerana harga barangan lain.

Baru-baru ini, tular seorang individu yang berkongsi harga makanannya di sebuah kedai makan telah mendapat perhatian ramai.

Lihat video itu di bawah:

Tak sangka dengan harga makanan

Menerusi video tersebut, kelihatan seorang individu berkongsi makanan apa yang dipesannya di sebuah kedai makan.

Dia juga menunjukkan harga keseluruhan makanan itu yang berharga RM7. Namun, apa yang membuatkan dia terkejut adalah dia tidak menyangka dengan harga tersebut.

Dapat dilihat dia memesan nasi putih, telur dan dan sirap ais dan semuanya berharga RM7. Nasi putih berharga RM2, telur dadar pula berharga RM2.50, manakala sirap ais pula berharga RM2.50.

"Kalau harga macam ni baik makan ayam seketul daripada makan ayam yang belum jadi" - Netizen

Sementara itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut terkejut dengan harga tersebut dan memberikan pelbagai reaksi mereka.

Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 132.6K views, 526 retweets dan 1,889 likes di Twitter.

Berikut di bawah adalah antara komen daripada netizen di Twitter:

Aduhai harga dia, baik makan nasi bergoreng je lah :l

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

You may be interested in: