seismik

Alasan Tak Munasabah, Ramai Geli Lihat Lelaki Ini Kongsi Kedai Guna Pinggan Kotor & Retak

Berdaki weh.

Cover image via Uzair Mustaqim Vlog (YouTube)

Follow kami di TelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Kebersihan adalah sangat penting perlu dijaga, terutama bagi peniaga-peniaga kedai makan

Hal ini kerana jika ia tidak dijaga, perkara itu boleh mendatangkan penyakit buat pelanggan yang datang makan di kedai tersebut.

Tular satu perkongsian di Twitter apabila seorang individu berkongsi keadaan pinggan yang dimakan oleh seorang lelaki di kedai makan telah mendapat perhatian ramai.

Lihat ciapan itu di bawah:

Kedai letakkan makanan dalam pinggan yang retak dan kotor

Menerusi ciapan tersebut, kelihatan individu di Twitter itu memberitahu dia merasa geli selepas melihat video yang dikongsikan di WhatsApp.

"Ada member share kat whatsapp video YouTube seorang reviewer makanan review pinggan yang digunakan kat kedai dia pergi. Geli weh, berdaki pinggan"

"Ni mesti jenis bilas je dalam besen tak gonyoh. Bahayakan kesihatan. Moga pengusaha kedai makan cakna benda-benda gini," katanya.

Dalam video berkenaan, YouTuber itu berkongsi keadaan pinggan retak dan kotor yang dimakannya bersama ahli keluarga. 

Lebih membuatkan dia merasa geram, alasan peniaga kedai tersebut yang memberitahu mereka tidak perasan akan keadaan pinggan itu. Difahamkan, lokasi kedai makan itu terletak di Taman Gelora, Kuantan.

Lihat video penuh itu di bawah:

"Dia bukan tak perasan, tapi tak ada perasaan utk jaga kebersihan" - Netizen

Sementara itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut meluahkan rasa geli mereka selepas melihat video itu.

Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 69K views, 476 likes dan 223 comments di YouTube.

Berikut di bawah adalah antara komen daripada netizen di YouTube:

Lepas ini kalau makan dekat kedai memang kena perhatikan pinggan mangkuk mereka :/

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Lagi artikel menarik di SAYS Seismik:

You may be interested in: