seismik

"Dia Ingat Sama Ke" - Wanita Ini Persoal Kenapa Perut Perempuan Berubah Selepas Bersalin

Ramai yang sensitif.

Cover image via @kikinsaad (Twitter) & Ellsee

Follow kami di TelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Bersalin bukanlah satu perkara yang mudah bagi wanita, ia melibatkan nyawa

Disebabkan itu, kita perlu menghargai segala pengorbanan mereka. Selepas saja bersalin, beberapa faktor pasti akan berubah kepada mereka contohnya seperti bentuk badan dan sebagainya.

Namun, baru-baru ini tular sebuah ciapan di Twitter apabila seorang wanita mempersoalkan mengapa ada sesetengah perut perempuan yang 'teruk' selepas bersalin telah mendapat perhatian ramai.

Lihat ciapan itu di bawah:

Persoal apa sebab perut perempuan lain jadi macam itu

Menerusi ciapan tersebut, kelihatan seorang individu berkongsi tangkap layar ciapan daripada seorang wanita di laman Twitternya.

Wanita itu mempersoalkan apakah punca sehingga perut sesetengah perempuan jadi 'teruk' selepas saja bersalin.

Lebih mendapat perhatian lagi apabila dia memberitahu perutnya langsung tidak jadi seperti ini walaupun sudah mempunyai empat orang anak.

"Boleh Nadiah tahu tak kenapa ada setengah ibu selepas melahirkan anak perut mereka akan jadi macam ni? Alhamdulillah, Nadiah ada 4 orang anak perut tak ada kesan langsung macam ni, sampai bidan dan nurse semua puji dan tanya jaga macam mana, Nadiah jaga biasa je, tapi Nadiah tertanya-tanya kenapa ada setengah perut mereka jadi macam ni, kenapa ya?," tulisnya.

Gambar sekadar hiasan.

Image via The Asian Parent

"Dia ingat semua orang sama je ke macam dia aduh" - Netizen

Dalam pada itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut memberikan pelbagai reaksi dan pdangan mereka mengenai isu itu.

Ketika artikel ini ditulis, ciapan itu telah meraih 4,254 retweets, 1,310 quotes tweets dan 6,986 likes di Twitter.

Berikut di bawah adalah antara komen daripada netizen di Twitter:

Iyalah, mungkin setiap orang berbeza sebab hormon kan lain-lain :)

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

You may be interested in: