Konon Nak Ajar Translate, Wanita Indonesia Cuba 'Perlekeh' Bahasa Malaysia Ini Makan Diri
Dia mendapat kritikan daripada netizen Malaysia.
Banyak konten-konten menarik kita boleh lihat di media sosial terutamanya sekali di aplikasi TikTok
Hal ini kerana TikTok merupakan antara platform yang paling hangat digunakan setakat ini. Bermacam-macam konten dikongsikan di situ.
Namun, lain pula yang berlaku apabila tular sebuah video di TikTok memaparkan seorang gadis yang cuba menterjermah beberapa ayat ke dalam Bahasa Melayu telah mendapat perhatian ramai.
Lihat video penuh itu di bawah:
Cuba translate ke dalam Bahasa Melayu tapi semua salah
Menerusi video yang dimuat naik semula di laman Twitter itu, kelihatan seorang gadis dari Indonesia sedang berkongsi tentang terjemahan di antara bahasa Indonesia, bahasa Inggeris dan bahasa Melayu.
“Di Indonesia, kita kata belok kanan, belok kiri. Di dalam bahasa inggeris, kita sebut turn right, turn left. Dalam Bahasa Malaysia, mereka kata, pusing kanan, pusing,” katanya sambil ketawa.
Malah, dia juga membuat perbandingan dan memberitahu bahawa rakyat Malaysia memanggil pengawal keselamatan sebagai penunggu maling di mana ia sama sekali tidak tepat.
Kenyataannya itu ternyata mendapat kritikan daripada netizen Malaysia yang membidas videonya itu.
"Dari mane dia dapat translation ni? Google translate ke?" - Netizen
Dalam pada itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen mengecam videonya itu dengan pelbagai reaksi mereka.
Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 886.4K views, 2,813 retweets dan 5,281 likes di Twitter.
Berikut di bawah adalah antara komen daripada netizen di Twitter:
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!