seismik

"Siapa Ajar Dia" - Beli Makanan Tepi Jalan, Perbualan Oppa Korea Ini Undang Tawa Netizen

Kemain topik dia.

Cover image via @eshadarwis (TikTok)

Follow kami di Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Bercuti ke negara orang pastinya adalah sesuatu perkara yang baru bagi kita

Bukan saja dapat melihat adat dan budaya mereka, malah dapat melihat persekitaran, orang dan merasai sendiri makanan mereka. Tak sahlah kalau tak cuba makanan mereka bila berada di sesuatu negara bukan?

Namun, lain pula yang terjadi dalam video ini apabila seorang wanita berkongsi gelagat seorang penjual makanan tepi jalan di Korea Selatan yang boleh bercakap bahasa Melayu telah menjadi tumpuan ramai.

Lihat video penuh itu di bawah:

Boleh bercakap Melayu, perbualannya pula tak dijangka

Menerusi video tersebut, kelihatan sekumpulan rakyat Malaysia sedang berada di sebuah pasar tepi jalan di Korea Selatan.

Apa yang lebih menarik perhatian adalah penjual tersebut pandai bercakap dalam bahasa Melayu selepas mereka memperkenalkan dari mana.

Lebih menghiburkan lagi, topik perbualan dan percakapannya pula ternyata menghiburkan sehingga mereka sendiri tidak sangka dia akan pandai bercakap itu.

"Haha time aku pergi dulu dari jauh dah dengar Qu puteh Qu puteh baru la puteh" - Netizen

Sementara itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut terhibur selepas mendengar perbualan lelaki Korea itu.

Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 364.8K views, 20.1K likes dan 249 comments di TikTok.

Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada netizen di TikTok:

Amboi, pandai melawak ya oppa! :P

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

You may be interested in: