Lelaki Ini Terpaksa Naik Pengangkutan Awam Setiap Hari Lepas Beli BMW Terpakai
Dia tidak diberikan kunci kereta yang berfungsi ketika dia mengambil BMW.
Seorang lelaki warga Singapura meluahkan kekecewaannya di Facebook selepas kereta BMW terpakainya yang baru dibeli kerap rosak
Lelaki itu berkata, dia membuat pinjaman bank yang besar untuk membayar kereta BMW tersebut, yang juga merupakan kereta pertamanya, tetapi ia kini terbiar di tempat letak kereta rumahnya, lapor AsiaOne.
Menyedari bahawa kereta baharunya menyebabkan pemanduannya lebih berbahaya, dia memutuskan untuk menaiki teksi ke tempat kerja setiap hari, tetapi dia masih tidak berpuas hati.
"Terpaksa membayar kereta dan tidak dapat menggunakannya, ia sama seperti membakar wang," katanya kepada AsiaOne.
Lihat posting itu di bawah:
Dia berkata pada Ogos, dia membayar deposit SGD500 (RM1,623) kepada Evolution Motors Pte Ltd untuk BMW E60 5 Series 523i terpakai, tetapi dia mula menyedari beberapa masalah dengannya pada bulan yang sama
Menerusi posting itu, dia berkongsi menemui beberapa kerosakan pada kereta tersebut seperti pada bahagian enjin, tingkap dan kunci pintu kenderaan itu.
Lelaki berusia 27 tahun itu berkata, dia membawa isu itu kepada Farhan Abdul Azis, pemilik pengedar itu, dan dia dijanjikan masalah itu akan diselesaikan sebelum kenderaan itu diserahkan kepadanya.
Dia kemudian membuat pinjaman bank untuk membayar kereta SGD112,580 (RM365,434) pada awal September, kerana dia percaya dengan janji Farhan.
Bagaimanapun, apabila dia mengambil kereta itu pada 29 September, dia berkata bahawa dia tidak diberikan kunci kereta yang berfungsi
Selepas menghubungi pemilik mengenai masalah yang masih belum diselesaikan, Farhan menyalahkan kelewatan itu atas isu Covid-19, tenaga kerja dan pembekal.
Dia berkata bahawa dia mempercayai Farhan sebagai pemilik perniagaan, tetapi pengedar kereta itu akhirnya mengecewakannya dan dia menyifatkan Farhan sebagai "lebih teruk daripada seorang jurujual."
Walaupun keadaan kereta itu teruk, Tan terus memandu ke tempat kerja, tetapi kereta itu tetap bergegar setiap kali dia memijak minyak.
Keadaan itu memaksanya menempah teksi untuk penghantaran dan pergi ke mesyuarat, menyebabkan perbelanjaan tambahan sehingga SGD80 (RM259) setiap hari.
Dia kemudian membuat laporan polis terhadap pemilik perniagaan itu pada 19 November, tetapi dia berkata bahawa dia masih tidak pasti apa yang perlu dilakukan seterusnya.
"Saya agak marah. Jika mereka tidak dapat membaiki kereta itu, mereka harus berkata demikian dan tidak memberi alasan. Sehingga kini, saya takut untuk membaikinya sendiri," katanya.
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!