seismik

Lelaki Ini Luah Rasa Kecewa, Tuan Rumah Tanya Dulu Bangsa Apa Sebelum Nak Bagi Sewa

Maybe dia ada sebab kot?

Cover image via @fachriasmar (Twitter) & Legacy (Gambar sekadar hiasan)

Follow kami di TelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Seperti yang kita tahu, zaman sekarang banyak benda yang perlu dipertimbangkan oleh sebab ekonomi yang tidak menentu

Disebabkan itu, ramai yang mengambil jalan untuk berjimat sedikit demi meneruskan hidup mereka contohnya dengan menyewa rumah terlebih dahulu sebelum membeli. Hal ini berlaku atas faktor-faktor yang tertentu.

Sudah tentu dalam proses mencari rumah sewa kita akan lihat pada pelbagai aspek dulu betul tak? Adakah tempatnya selesa, kawasan perumahan itu dan sebagainya.

Namun, tular sebuah ciapan di Twitter apabila seorang lelaki berkongsi rasa kecewanya selepas ditanya apakah bangsanya oleh tuan rumah telah mencuri tumpuan ramai.

Lihat ciapan itu di bawah:

Tak sangka tuan rumah tanya soalan begitu

Menerusi ciapan tersebut, seorang lelaki berkongsi screenshot perbualan mesej di antara dia dengan seorang agen rumah.

Difahamkan, dia berminat untuk menyewa di rumah itu. Namun, agen itu kemudian bertanya apakah bangsanya. Dia memberitahu ia kerana tuan rumah ingin mengetahuinya terlebih dulu.

Situasi itu membuatkan dia berasa kesal dengan soalan berkenaan dan terus tidak jadi untuk menyewa di situ.

Lihat sambungan itu di bawah:

"I think dua-dua side sama je. Kalau owner tanya race apa, itu hak dia" - Netizen

Dalam pada itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut memberikan pelbagai pandangan mereka mengenai isu tersebut.

Ketika artikel ini ditulis, ciapan berkenaan telah meraih 207 comments, 1,958 retweets dan 3,692 likes di Twitter.

Berikut di bawah adalah antara komen daripada netizen di Twitter:

Mungkin dia ada sebab dia sendiri kenapa dia tanya dulu sebelum bagi sewa :)

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Lagi artikel menarik di SAYS Seismik:

You may be interested in: