seismik

"India Tidak Dibenarkan" - Hos Airbnb Rasis, Tolak Pasangan Ini Menginap Di Homestay

Mereka kemudian terus batalkannya.

Cover image via @eleanor_226 (Twitter) & Bedroom Villas

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Seorang wanita telah mengecam sebuah hartanah di Airbnb kerana bersikap memilih perkauman secara terang-terangan selepas salah seorang ejennya menolak tempahannya apabila mereka mengetahui teman lelakinya berbangsa India

Wanita itu, yang enggan namanya didedahkan, berkata teman lelakinya sedang mencari untuk menempah homestay di Bentong, Pahang untuk percutian Krismas tahunan keluarganya.

"Saya menelefon tuan rumah, yang kononnya salah seorang ejen hartanah. Kami bercakap dalam bahasa Mandarin, dan saya menjelaskan beberapa soalan mengenai hartanah itu sebelum kami memutuskan untuk menempah," tulisnya di Twitter.

Lihat posting itu di bawah:

Teman lelaki terkejut lepas beritahu bangsanya

Menerusi posting itu, ia pada mulanya berjalan lancar, dan pasangan itu memutuskan untuk membuat tempahan. Bagaimanapun, apabila teman lelakinya menghubungi ejen yang sama, dia diminta memberitahu bangsanya.

Dia kemudian bertanya kepada ejen mengapa perkara itu penting, dan ejen itu menjawab, "Kami hanya menyewa kepada Cina dan Melayu," dan membatalkan tempahan mereka.

Menurut lelaki itu, alasan syarikat untuk perkara ini ialah mereka telah menyewakan villa itu sebelumnya kepada sekumpulan berbangsa India dan mereka tidak mengikut peraturan.

Situasi itu membuatkan pasangan itu terkejut dan terus membatalkan tempahan mereka untuk menginap di situ.

"Jahatnya, dia belum jumpa kot Malay or Chinese yang pengotor and tak pandai kemas agaknya" - Netizen

Dalam pada itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen memberikan pelbagai reaksi dan mengecam tindakan lelaki itu.

Ketika artikel ini ditulis, posting berkenaan telah meraih 7,435 retweets, 956 quotes tweets dan 18K likes di Twitter.

Berikut di bawah adalah antara komen daripada netizen di Twitter:

Disebabkan orang lain yang buat hal, habis satu bangsa dipersalahkannya :/

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: