seismik

[VIDEO] Lelaki Ini Terkejut, Masuk Tandas Sekali Nampak CCTV Pandang Dari Arah Luar

Nasib baik dia perasan.

Cover image via @ekalorange (TikTok)

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Seperti yang kita tahu, CCTV mempunyai pelbagai kepentingan demi menjaga keselamatan diri kita

Bukan itu saja, rakamannya juga boleh dijadikan sebagai bahan bukti bila berlaku sesuatu perkara yang tidak diingini betul tak?

Namun, lain pula dengan video ini apabila seorang lelaki berkongsi ternampak CCTV menghadap ke arah tandas semasa dia di dalam telah mencuri tumpuan ramai.

Lihat video penuh itu di bawah:

Nasib baik tak sempat buka seluar lagi

Menerusi video tersebut, kelihatan seorang lelaki berkongsi situasi yang membuatkan dia terkejut ketika berada di dalam sebuah tandas di pusat beli-belah.

Dia kemudian ternampak CCTV menerusi cermin kaca dari arah luar yang seolah-olah seperti sedang memandang ke arah tandasnya. Situasi terus membuatkan dia terkejut dan tidak jadi menggunakan tandas berkenaan.

"CCTV macam tu dia boleh nampak luas macam mata kita" - Netizen

Sementara itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut memberikan reaksi terkejut selepas melihat video itu.

Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 697.5K views, 38.3K likes dan 674 comments di TikTok.

Berikut di bawah adalah antara komen daripada netizen di TikTok:

Alamak, macam mana pula CCTV tu boleh pandang ke arah tandas ya?

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

You may be interested in: