seismik

Peniaga Kunafa Tunjuk Stail Tuang Makanan, Tak Tahu Rupanya Lelaki Rekod Diri Sendiri

Dia dah semangat dah tu.

Cover image via @alepdnish (TikTok)

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Pasti ramai di antara anda di sini yang tahu atau pernah dengar makanan viral kunafa bukan?

Kunafa merupakan pencuci mulut tradisional timur tengah yang dibuat dengan pastri berputar dipanggil kataifi, ia direndam dalam sirap manis berasaskan gula yang dipanggil attar, dan biasanya dilapisi dengan keju, atau dengan bahan lain seperti krim beku, pistachio atau kacang.

Tetapi, lain pula dengan video di TikTok ini yang memaparkan gelagat seorang lelaki 'mengenakan' peniaga kunafa telah mencuri perhatian ramai.

Lihat video penuh itu di bawah:

@alepdnish hujan hujan pun khunafa tetap on ! #fyp #khunafa original sound - Bubih

Prank peniaga kunafa sampai dia syok sendiri

Menerusi video tersebut, kelihatan seorang lelaki bersama rakannya sedang berada di salah sebuah kedai yang menjual makanan popular, kunafa.

Kebiasaannya, orang yang datang ke kedai kunafa pasti akan mengambil gambar atau video semasa peniaga sedang membuat stail memasukkan makanan itu.

Namun, apa yang lebih mencuit hati adalah lelaki ini malah mengambil video sendiri tatkala si peniaga sedang asyik menunjuk pelbagai gaya kepadanya.

Dia juga memberitahu sebenarnya dia juga ada merekod aksi sebenar dari peniaga itu.

Lihat video sambungan di bawah:

"Kalau dia tahu mesti dia dah terasa" - Netizen

Dalam pada itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut merasa terhibur melihat gelagat lelaki itu.

Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 2M views, 180.6K likes dan 1,995 comments di TikTok.

Berikut di bawah adalah antara komen daripada netizen di TikTok:

Punyalah orang tu bersungguh, last-last dia amik video sendiri je :P

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

You may be interested in: