seismik

"Mesti Dia Bangga" - Aksi Kelisa Nak Potong Kereta Lamborghini Ini Curi Perhatian

Padu Kelisa.

Cover image via @akidazlee (TikTok)

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Kita pasti pernah melihat kereta-kereta mewah berada di jalan raya bukan?

Tambahan lagi, jika ia adalah kereta idaman kita. Memang tak berkelip mata tengok dan berharap agar dapat memilikinya suatu hari nanti.

Tetapi, lain pula terjadi dengan video di TikTok yang memaparkan aksi sebuah kereta Kelisa cuba untuk memotong kereta Lamborghini telah mencuri perhatian ramai.

Lihat video penuh itu di bawah:

Cuba nak potong kereta Lamborghini disebelah

Menerusi video berdurasi 8 saat itu, kelihatan seorang lelaki berkongsi aksi sebuah kereta Kelisa semasa dia sedang makan di sebuah kedai.

Kelihatan kereta Kelisa itu seperti mahu 'berlumba' dengan kereta yang berada di sebelahnya. Aksi itu ternyata mencuri perhatian mereka.

"Nasib Kelisa tu slow kan speed dia. Kalau dia full speed tak terkejar lambo tu" - Netizen

Dalam pada itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut memberikan pelbagai reaksi mereka.

Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 377.5K views, 40.4K likes dan 275 comments di TikTok.

Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada netizen di TikTok:

Rileks je kelisa tu macam nak ajak lumba pula kan :P

Image via GIPHY

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

You may be interested in: