Niat Nak Merisik Di Rumah, Gadis Tak Sangka Bakal Mentua Terus Sarungkan Cincin Di Kedai
Surprise terus dia.
Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.
Bagi pasangan yang bercinta, pasti mereka mahukan hubungan itu berkekalan sehingga ke penamatnya
Merisik merupakan amalan dan tradisi bagi masyarakat Melayu, ia sebagai penanda yang pasangan kita sudah pun di 'cop'. Kebiasaannya pihak lelaki akan memberikan cincin atau gelang kepada si perempuan.
Namun, lain pula dengan video ini apabila seorang gadis terkejut selepas niatnya mahu membeli cincin untuk dirisik di rumah bertukar menjadi lain.
Lihat video penuh itu di bawah:
Terkejut ibu mentua terus sarungkan cincin merisik di kedai
Menerusi video tersebut, kelihatan pengguna akaun TikTok @naaadyx berkongsi momen ketika pelanggannya membeli cincin di kedainya.
Difahamkan, keluarga itu datang untuk membeli cincin merisik buat bakal menantunya. Namun, gadis itu terkejut apabila pihak lelaki mengambil keputusan untuk menyarungkan cincin merisik itu terus di kedai berkenaan.
Situasi itu membuatkan gadis tersebut terkejut kerana tidak menjangka ia akan berlaku begitu.
"Tenangnya mak dia. Meanwhile yang perempuan tu nampak tak tentu arah, maybe nervous kot" - Netizen
Sementara itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen memberikan pelbagai respon selepas melihatnya.
Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 417.2K views, 39.5K likes dan 547 comments di TikTok.
Berikut di bawah adalah antara komen daripada netizen di TikTok:
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!