seismik

Pemuda Handle Gadis Tersangkut Curi Tumpuan, Tapi Nasib Lelaki Dibelakang Pula Dipersoal

Rileks je kan dia.

Cover image via @naniderphuc (TikTok)

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Bagi yang sukakan aktiviti lasak, mendaki dan bermain flying fox pasti sudah pernah dicuba oleh mereka betul tak?

Sudah tentu, ia merupakan aktiviti wajib bagi penggemar aktiviti outdoor itu, tetapi bukan semua orang boleh bermain flying fox kerana mereka akan berhadapan dengan ketinggian.

Ada sesetengahnya, takut dengan ketinggian dan disebabkan itu mereka tidak disarankan untuk melakukan aktiviti ini.

Namun, baru-baru ini tular sebuah video di TikTok memaparkan seorang gadis tiba-tiba tersangkut di pertengahan aktiviti flying fox telah mencuri tumpuan ramai.

Lihat video penuh itu di bawah:

@naniderphuc legendary says the guy at the back is still struggling #fyp #escapepenang Chạy ngay đi _ Sơn Tùng MTP - dhn

Datang seorang pekerja selamatkan keadaan

Menerusi video tersebut, kelihatan gadis itu sedang bermain flying fox di ESCAPE, Penang, sebelum dia tiba-tiba tersangkut ditengah-tengah aktiviti tersebut.

Perkara itu membuatkan dia tidak boleh bergerak dan terpaksa mendapatkan bantuan. Dia kemudian didatangi seorang pekerja yang kemudian menolongnya.

Namun, apa yang lebih mencuri perhatian adalah netizen pula teruja melihat cara pemuda itu mengawal situasi dengan tenang dan rileks semasa membawanya kembali.

"Asal part dia tarik , macam Doctor Strange tengah terbang hahaa style" - Netizen

Dalam pada itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut memberikan pelbagai reaksi selepas melihat video tersebut.

Malah, ada juga yang memerhati lelaki dibelakang yang sedang berusaha untuk melintasi jambatan gantung.

Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 723.4K views, 74K likes dan 711 comments di TikTok.

Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada netizen di TikTok:

Nak jadi pekerja dekat sini mestilah kena berani kan? Tapi betul lah, style pula cara dia tarik :D

Image via GIPHY

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

You may be interested in: