seismik

[VIDEO] Gelagat Lelaki Ini Buat Lirik Karaoke Lagu Viral TikTok Undang Tawa Ramai

Kena pula lirik dia.

Cover image via @apisdauz (TikTok)

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

TikTok merupakan aplikasi yang digunakan oleh ramai orang tidak kira tua mahupun muda

Banyak kita boleh lihat content di TikTok yang membuatkan kita terhibur, malah ada juga yang memanfaatkan aplikasi ini dengan perkongsian ilmu.

Namun, lain pula dengan video ini yang memaparkan gelagat seorang lelaki menyanyikan lagu viral TikTok dengan lirik sendiri telah mengundang tawa ramai.

Lihat video penuh itu di bawah:

Reka lirik sendiri, ramai terhibur melihatnya

Menerusi video tersebut, kelihatan seorang lelaki sedang bersiap sedia untuk menyanyi lagu viral yang sering digunakan di aplikasi TikTok.

Malah, apa yang lebih menghiburkan adalah dia siap menggunakan liriknya sendiri ketika menyanyikan lagu itu.

Liriknya itu dilihat begitu spontan dan bersahaja telah mengundang tawa ramai.

"Oh lagu ni tentang kisah mek shima dan mohamad dhani rupanya" - Netizen

Sementara itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut terhibur melihat lirik yang dinyanyikan lelaki itu.

Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 690.6K views, 46.4K likes dan 4,144 comments di TikTok.

Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada netizen di TikTok:

Pandai-pandai buat lirik sendiri ya bang. Kena pula tu :P

Image via GIPHY

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik