seismik

Upload Selfie Masa Jogging, Netizen Pula Beri Komen Cara 'Posing' Dr Noor Hisham

Ramai pula boleh relate.

Cover image via @DGHisham (Twitter)

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Jika kita lihat hari ini, pelbagai jenis trend dan gaya yang boleh dilihat di media sosial

Malah, cara mengambil gambar juga pelbagai cara yang kita boleh lihat betul tak? Tetapi, cara mengambil gambar terpulang kepada individu itu sendiri.

Baru-baru ini, tular di Twitter tentang posting Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah yang memuat naik gambar selfienya ternyata mendapat perhatian ramai kerana gayanya.

Lihat posting itu di bawah:

Ramai samakan selfie dengan ayah-ayah

Menerusi posting tersebut, kelihatan Dr Noor Hisham baru saja lepas bersenam di sebuah tempat yang terletak di Switzerland.

Difahamkan, beliau berada di sana adalah atas faktor urusan kerja. Beliau kemudian sempat memuat naik gambar selfie di laman Twitternya untuk berkongsi dengan umum.

Namun, ternyata gaya selfienya itu mendapat perhatian ramai kerana ramai yang menyamakan seperti ayah mereka.

Gambar sekadar hiasan.

Image via Noor Hisham Abdullah (Facebook)

"Betul bapa-bapa punya selfie. Cute" - Netizen

Dalam pada itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut memberikan pelbagai reaksi mereka.

Ketika artikel ini ditulis, posting berkenaan telah meraih 870 retweets, 325 quotes tweets dan 9,468 likes di Twitter.

Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada netizen di Twitter:

Yang penting background lawa sangat :D

Image via GIPHY

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik