"Dia Punya Emo" - Voice Note Gadis Mengamuk Lepas Tahu Kekasih Rakan Curang Ini Kelakar
Member pula yang sakit hati.
Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.
Setiap orang pasti mahukan hubungan cinta mereka dengan seseorang itu kekal sampai bila-bila bukan?
Namun, bukan semua orang boleh berikan komitmen yang sama seperti apa yang kita mahukan. Banyak saja cerita yang kita lihat pasangan curang di sana sini.
Tentu ia amat menyakitkan hati, tetapi jika sudah takdir kita bukan bersama dia, maka bukan dialah orangnya.
Lain pula dengan video di TikTok ini apabila seorang gadis berkongsi voice note rakannya yang mengamuk selepas dapat tahu gadis itu dicurangi telah menarik perhatian ramai.
Lihat video penuh itu di bawah:
Member mengamuk dapat tahu rakan baik kena curang
Menerusi video tersebut, gadis itu berkongsi gelagat rakannya selepas dia menceritakan dia telah dicurangi oleh kekasihnya.
Perkara itu membuatkan rakannya terkejut dan terus memberikan voice note kepadanya. Namun, apa yang lebih menarik perhatian adalah rakannya itu dilihat begitu marah sehingga mengeluarkan pelbagai emosinya.
"Hahaha kawan dunia akhirat ni weh" - Netizen
Dalam pada itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut memberikan pandangan dan reaksi mereka mengenainya.
Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 1.8M views, 262.6K likes dan 11.7K comments di TikTok.
Berikut di bawah adalah antara komen daripada netizen di TikTok:
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!