seismik

"Program Derma Darah Ke" - Pacat Penuh Di Kaki Masa Masuk Tempat Air Terjun Curi Perhatian

Kita pula yang takut tengok.

Cover image via @kumanbusuk (TikTok)

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Air terjun merupakan salah satu tempat rekreasi yang menarik kita boleh kunjungi

Dengan suasananya yang tenang dan pemandangan yang indah, ia sesuai untuk dijadikan aktiviti seisi keluarga.

Namun, kita perlulah berwaspada ketika berada di tempat air terjun kerana macam-macam perkara juga boleh berlaku.

Seperti video di TikTok ini apabila pemilik akaun berkongsi pacat yang berada di kakinya semasa ke tempat tersebut telah menarik perhatian ramai.

Lihat video penuh itu di bawah:

@kumanbusuk Bosan lah selangkah je pacat gigit selangkah je pacat gigit #fy #fyp #foryoupage original sound - Bubih

Kongsi pacat penuh di kaki masa berjalan

Menerusi video tersebut, difahamkan sekumpulan lelaki telah berkunjung di salah satu kawasan air terjun.

Tetapi, tidak lama selepas itu mereka merasakan sesuatu dikaki dan memeriksanya.  Kelihatan beberapa ekor pacat sedang menghisap darah di kaki masing-masing.

Situasi itu membuatkan mereka terpaksa berhenti kerana mahu membuangnya dari kaki.

"Tahniah bang , nanti mesti ada banyak darah daging" - Netizen

Dalam pada itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut memberikan reaksi dan pandangan mereka mengenainya.

Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 235.2K views, 6,884 likes dan 250 comments di TikTok.

Berikut di bawah adalah antara komen daripada netizen di TikTok:

Seramlah tengok, banyak betul pacat dekat kaki dia :l

Image via GIPHY

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik