seismik

[VIDEO] Tengah Buat Live TikTok, Sekali Gadis Gelabah Monyet Datang Rampas Telefon

Dia pun nak juga masuk live.

Cover image via @juwarazak (TikTok)

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Banyak aplikasi dan platform yang kita boleh lihat hari ini boleh dijadikan tempat untuk membuat content

Bukan itu saja, malah kita juga boleh melihat live atau secara langsung daripada platform tersebut bagi mereka yang berkongsi.

Namun, lain pula dengan video ini apabila seorang gadis bersama rakannya berdepan situasi mencemaskan selepas seekor monyet mengambil telefon semasa mereka sedang live telah mencuri tumpuan ramai.

Lihat video itu di bawah:

Monyet tiba-tiba datang dari arah atas masa tengah live

Menerusi video tersebut, kelihatan seorang wanita sedang membuat live di media sosialnya bersama dengan seorang lagi rakan.

Namun, tiba-tiba datang seekor monyet dari arah atas bumbung sehingga membuatkan mereka berdua terpaksa berlari menyelematkan diri.

Malah, gadis itu sampai tidak sempat membawa lari telefonnya kerana terlalu cuak.

Lihat video sambungan itu di bawah:

@juwarazak

PART 2 ‼ Cikmon bawa lari phone

original sound - Speed Song -

"Ya Allah sis, sorry lawak pula editing part selfie tu" - Netizen

Dalam pada itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut memberikan pelbagai reaksi selepas melihat video itu.

Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 1.3M views, 133.5K likes dan 1,834 comments di TikTok.

Berikut di bawah adalah antara komen daripada netizen di TikTok:

Aduhai, mana tak cuak kan tiba-tiba dia datang dari atas pula

Image via GIPHY

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

You may be interested in: