seismik

[VIDEO] "Kesian Owner" - Monyet Liar Mengganas Teruk, Habis Kereta Orang Awam Dirosakkan

Kau dah kenapa monyet?

Cover image via @fazzy_369 (TikTok)

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Pasti ramai di antara anda di sini yang pernah berdepan dengan perangai monyet liar bukan?

Ada sesetengah daripada mereka jinak dan tidak menyerang. Tetapi, ada juga yang ganas sehingga boleh merosakkan harta benda kita, tentu sekali kita akan berasa takut.

Baru-baru ini, tular sebuah video di TikTok memaparkan seekor monyet 'mengganas' dengan merosakkan beberapa buah kereta telah mencuri perhatian ramai.

Lihat video penuh itu di bawah:

@fazzy_369 Ingat nak p panjat Telaga 7 tapi tengok prangai monyet mcm ni terus x jadi p. Gila gangster depa ni @eemanteoh original sound - fazzy369

Ganas rosakkan beberapa buah kereta orang awam

Menerusi video daripada @fazzy_369, kelihatan dia sedang merakam kelakuan seekor monyet liar ketika berada di tempat parking kereta. Difahamkan, kejadian itu berlaku di Telaga Tujuh, Langkawi.

Dia pada awalnya telah pun sampai tempat berkenaan dan ingin memasuk ke dalam. Namun, niatnya itu terhenti apabila melihat seekor monyet dengan selamba merosakkan kereta orang awam yang parking disitu.

Apa yang lebih menarik perhatian adalah monyet itu dilihat mengganas sehingga telah mencabut cermin sisi sebuah kereta dan juga tingkap kereta lain. Walaupun takut, dia cuba untuk menghalang monyet tersebut tetapi tidak menjadi.

Lihat video sambungan itu di bawah:

@fazzy_369 Tak jadi p Telaga 7 sebab monyet macam monster. @eemanteoh original sound - fazzy369

"Sekurang-kurangnya video ni jadi bukti, bukan kerja orang yang buat" - Netizen

Sementara itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut memberikan pelbagai pandangan mereka mengenai kejadian itu.

Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 1.5M views, 65.7K likes dan 1,738 comments di TikTok.

Berikut di bawah adalah antara komen daripada netizen di TikTok:

Sakit hati pula tengok dia rosakkan. Tak dapat bayangkan kalau itu kereta kita :(

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram dan temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik