seismik

[VIDEO] "Piknik Bertukar Panik" - Geng Gadis Ini Terpaksa Berdepan Monyet Nak Ambil Beg

Baru nak feeling-feeling ada pula yang mengacau.

Cover image via @ansazmii_ (TikTok)

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Baru-baru ini kerajaan baru saja mengumumkan kebenaran merentas negeri dan pembukaan semula aktiviti pelancongan dalam negara

Disebabkan itu, ramai yang mengambil peluang ini untuk pulang ke kampung dan bercuti bersama keluarga mereka setelah lama berada di rumah.

Namun, lain pula yang terjadi dengan sekumpulan gadis ini apabila video mereka di TikTok tular kerana dikacau oleh beberapa ekor monyet semasa sedang seronok berpiknik telah mencuri tumpuan ramai.

Lihat video penuh itu di bawah:

@ansazmii_ monyet paling g*mp*ng yg pernah aku jumpe part 1 @msarhqwt #fyp #fypdongggggggg #picnicday Monkeys Spinning Monkeys - Kevin MacLeod

Baru nak seronok dengan kawan, monyet pula datang kacau

Menerusi video tersebut, kelihatan sekumpulan gadis pada awalnya sedang berpiknik di salah sebuah tasik yang tidak dikenal pasti lokasinya.

Namun tidak lama selepas itu, mereka dihampiri oleh beberapa monyet liar di kawasan tersebut dan meluru ke tempat itu sambil menyelongkar barangan mereka.

Situasi itu membuatkan mereka semua panik kerana monyet berkenaan dilihat membuka beg mereka dan ada yang mengambil handbag salah seorang gadis itu.

Bukan itu saja, monyet itu dilihat membawa handbag tersebut naik ke atas pokok sambil mengeluarkan wang daripada begnya itu.

Lihat video sambungan itu di bawah:

"Kena bawa ular mainan ni baru dia lari" - Netizen

Dalam pada itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut memberikan reaksi mereka masing-masing selepas melihat video itu.

Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 109.1K views, 14K likes dan 398 comments di TikTok.

Berikut di bawah adalah antara komen daripada netizen di TikTok:

Sampai ke atas pokok dia bawanya, nasib baik dapat balik! :D

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik

You may be interested in: