[VIDEO] Tak Berebut Nak Balik Kampung, Wanita Ini Tunjuk Rumah Mak & Mentua Cuma Sebelah
Dekatnya!
Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.
Seperti semua tahu, baru-baru ini kerajaan telah pun mengumumkan kebenaran merentas negeri di seluruh negara
Sudah pasti berita ini sangat ditunggu-tunggu oleh rakyat Malaysia kerana rindu untuk pulang kampung halaman bertemu orang yang tersayang.
Namun, lain pula dengan video di TikTok ini apabila seorang wanita menunjukkan perjalanannya pulang ke kampung dengan beberapa langkah telah menarik perhatian ramai.
Lihat video penuh itu di bawah:
Tak pening kepala bila nak balik kampung
Menerusi video tersebut, kelihatan seorang wanita semasa itu sedang berada di luar kawasan rumah sambil membawa beberapa beg bersamanya.
Dia menjelaskan ketika itu dia berada di rumah mentuanya dan ingin pulang ke rumah mak dan ayahnya pula. Namun, dia dilihat masuk ke rumah sebelah dan memberitahu itu adalah rumah mak dan ayahnya.
Rupa-rupanya rumah mertua dan rumah ibu bapanya terletak bersebelahan sahaja dan hanya terpisah dengan dinding serta pintu pagar.
"Jimat minyak, jimat tol, jimat masa. Hahaha" - Netizen
Sementara itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut terhibur melihatnya. Malah, ramai yang berpendapat ia sangat menyenangkan kerana tidak perlu bergaduh untuk pulang ke kampung.
Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 791.3K views, 77.6K likes dan 2,330 comments di TikTok.
Berikut di bawah adalah antara komen daripada netizen di TikTok: