seismik

"Jangan Bagi Perempuan Marah" - Aksi Wanita Robohkan Penghadang Jadi Bualan Netizen

Ganas betul ni.

Cover image via @lumiqahqizah (TikTok)

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Penghadang jalan raya seperti di tol dan parking sering kali kita lihat bukan?

Kita perlulah membayarnya terlebih dulu untuk membolehkan kita melepasi palang tersebut. Namun, kita boleh lihat ramai juga yang mengambil kesempatan untuk tidak membayarnya.

Baru-baru ini, tular sebuah video di TikTok memaparkan aksi seorang wanita 'merobohkan' penghadang di salah sebuah tempat telah mengundang reaksi ramai.

Lihat video penuh itu di bawah:

Selamba tolak penghadang sampai roboh untuk keluar

Menerusi video tersebut, kelihatan seorang wanita sedang berada di salah sebuah kawasan parkir yang tidak diketahui.

Namun, dia kemudian keluar dari kereta dan terus menolak penghadang tersebut untuk keluar.

Apa yang lebih menarik tumpuan adalah aksinya itu ternyata mengejutkan sehingga menyebabkan penghadang tersebut roboh. Dia malah tidak sedari aksinya itu telah dirakam oleh CCTV di kawasan berkenaan.

"Rasa pagarnya rosak. Terpaksa dipatahkan. Tiada yang menolong masa tu. Then ambil bukti gambar" - Netizen

Dalam pada itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut memberikan pelbagai kemungkinan dan pandangan terhadap situasi itu.

Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 983.1K views, 11.7K likes dan 744 comments di TikTok.

Berikut di bawah adalah antara komen daripada netizen di TikTok:

Kuat betul tangan akak ni sampai boleh roboh ya :’)

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

You may be interested in: