seismik

Terlalu Rindu Arwah Suami, Mesej Perbualan WhatsApp Wanita Ini Buat Ramai Sebak

Sedih bila hilang orang kita sayang.

Cover image via @songmierae (TikTok)

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Jodoh, ajal dan pertemuan semuanya telah ditetapkan oleh Tuhan

Sudah pasti, kehilangan orang yang kita sayang sememangnya perkara yang amat menyedihkan. Rasa rindu memang tidak dapat dibuang.

Sama seperti video yang tular di TikTok ini memaparkan seorang wanita berkongsi mesej WhatsApp yang dihantar kepada arwah suaminya telah membuat ramai sebak.

Lihat video itu di bawah:

Mesej luah perasaan rindu pada arwah suami

Menerusi video tersebut, kelihatan seorang wanita berkongsi mesej perbualan menerusi WhatsApp kepada suaminya pada Hari Raya Aidilfitri tempoh hari.

Difahamkan, suaminya itu telah pun meninggal dunia. Perkara itu membuatkan dia merasa rindu kepada arwah suaminya dan meluahkannya menerusi WhatsApp kepadanya.

"Ya Allah kak sebak saya. Saya tahu akak kuat kak, dia tnggu akak kat syurga" - Netizen

Sementara itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut bersimpati kepada wanita itu dan mendoakan yang baik-baik buatnya.

Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 450.3K views, 21.9K likes dan 706 comments di TikTok.

Berikut di bawah adalah antara komen daripada netizen di TikTok:

Sedih baca mesej dia hantar tu, semoga arwah suaminya tenang di sana :)

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

You may be interested in: