seismik

[VIDEO] "Padu" - Pintu Bezza Diubah Jadi Seperti Kereta Lamborghini Ini Curi Perhatian

Wow, smart!

Cover image via @iamchaveen_ (TikTok)

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Setiap orang pasti mempunyai kereta idaman masing-masing sejak dulu lagi bukan?

Namun, bukan semua kereta idaman kita mampu beli kerana harganya mungkin agak mahal berbanding yang kita sangka.

Tetapi, ada juga yang mengambil kesempatan untuk mengubah suai sedikit kereta mereka untuk nampak lebih cantik dan canggih.

Seperti video yang tular di TikTok ini memaparkan seorang lelaki mengubah suai pintu kereta Bezza miliknya telah memukau mata ramai.

Lihat video itu di bawah:

@iamchaveen_ Scissor door by @samthumpret3452 INDUSTRY BABY - Lil Nas X & Jack Harlow

Ubah suai pintu Bezza jadi scissors door

Menerusi video tersebut, kelihatan seorang lelaki menunjukkan kereta Bezza yang diubah suai pintunya menjadi lebih menarik dan tidak ubah seperti kereta Lamborghini.

Pintunya kelihatan ternaik ke atas apabila dibuka. Bukan itu saja, kereta Bezza milik lelaki itu ternyata menarik perhatian ramai kerana kecantikan dan kecanggihannya.

Lihat video lain itu di bawah:

@iamchaveen_

Mampu buat sendiri jer

suara asli - WILFEXBOR

"Quality kerja yangg bagus, hasilnya tak akan mengecewakan" - Netizen

Dalam pada itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut memberikan pelbagai respon mereka mengenai kereta tersebut.

Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 227.9K views, 13.3K likes dan 617 comments di TikTok.

Berikut di bawah adalah antara komen daripada netizen di TikTok:

Lawa teruk pintu kereta dia, nampak moden :D

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

You may be interested in: