seismik

[VIDEO] "Tak Rileks" - Aksi Gadis Bawa ATV Dengan Rakan Undang Tawa Netizen

Nasib tak jatuh ya.

Cover image via @angahrock3 (TikTok)

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Pasti ramai di antara anda di sini yang sukakan aktiviti lasak seperti bermain ATV bukan?

Ia sememangnya aktiviti yang menyeronokkan, tambahan lagi jika dapat melakukan bersama rakan-rakan. Namun, ATV memerlukan anda mempunyai kehandalan untuk mengawalnya kerana takut pula lain yang jadi.

Sama seperti video di TikTok ini yang memaparkan seorang gadis bermain ATV bersama rakannya telah mencuit hati ramai.

Lihat video penuh itu di bawah:

'Tersangkut' masa nak bawa naik bukit

Menerusi video tersebut, kelihatan seorang gadis sedang membawa ATV bersama rakannya yang duduk dibelakang.

Namun, apa yang lebih mencuri tumpuan adalah saat dia membawa ATV itu melalui bukit dan hampir saja terjatuh.

Situasi itu membuatkan rakannya itu sehingga turun dari ATV berkenaan dan tergelak melihatnya.

"Aku tergelak sebab dia bawa handbag sekali haha" - Netizen

Dalam pada itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut terhibur melihat gelagat mereka itu.

Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 913K views, 36.5K likes dan 1,354 comments di TikTok.

Berikut di bawah adalah antara komen daripada netizen di TikTok:

Member pun tak rileks join gelak sekali :P

Image via GIPHY

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik