seismik

[VIDEO] Kopek Sendiri Durian, Penjual Sampai Tercengang Tengok Cara Gadis Ini Buka

Hebat sis!

Cover image via @qasabell00 (TikTok)

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Sekarang kita boleh lihat banyak penjualan durian kerana ia sudah masuknya musim

Tentu ramai yang tertunggu-tunggu saat ini bukan? Lebih-lebih lagi bagi 'hantu durian', memang tak cukup satu untuk makan.

Baru-baru ini, tular sebuah video memaparkan aksi seorang gadis membuka sendiri kulit durian di hadapan penjual telah menarik tumpuan ramai.

Lihat video penuh itu di bawah:

@qasabell00 Tercengang budak2 ni nengok aku kopek sndiri. Hahahha jngn risau peha tu kejap je sakit. Hehe. Salam kenal dari kakak jual duyan #efwaipi #esekeli #Fyp #hakakdurian suara asli - WILFEXBOR

Peniaga durian pun terkejut tengok cara gadis kopek

Menerusi video tersebut, kelihatan seorang gadis sedang berada di sebuah kedai menjual durian yang tidak dikenal pasti.

Namun, apa yang lebih mencuri tumpuan adalah gadis itu dilihat dengan selamba membuka kulit duriannya sendiri sambil meletakkan di atas pehanya.

Situasi itu membuatkan penjual durian berkenaan tercengang melihat aksinya itu.

"Tengok skill power, confirm dapat discount" - Netizen

Sementara itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut memberikan pelbagai reaksi selepas melihat aksinya itu.

Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 1.2M views, 55.4K likes dan 1,286 comments di TikTok.

Berikut di bawah adalah antara komen daripada netizen di TikTok:

Abang-abang tu tak berkelip mata tengok :D

Image via GIPHY

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik