seismik

"Gila Lah" - Wanita Ini Terkejut Bila Tahu 2 Harga Burger Special Tepi Jalan Cecah RM23

Wow, level harga burger di restoran.

Cover image via Nana Ng (Facebook)

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Burger merupakan makanan kegemaran ramai dan senang untuk dimakan di mana saja

Dengan isi didalamnya yang mengiurkan, anda boleh memilih daripada daging lembu atau daging ayam. Tambahan lagi, kalau ia burger di tepi jalan, memang lain rasa dia berbanding beli di restoran. Rasanya lebih pure.

Namun, bilakah kali terakhir anda membeli burger di tepi jalan? Berapakah harganya? Baru-baru ini, tular sebuah posting di Facebook memaparkan seorang wanita berkongsi harga tidak masuk akal burger yang dibelinya di tepi jalan telah mencuri perhatian ramai.

Lihat posting itu di bawah:

Order burger special dua, tak sangka harga mengejutkan

Menerusi posting tersebut, seorang wanita yang dikenali sebagai Nana Ng berkongsi dia terkejut selepas mendapat tahu harga burger yang dibelinya di tepi jalan.

Difahamkan, dia membeli dua burger ayam special di sebuah kawasan Kepong, Kuala Lumpur. Namun, dia terkejut ketika mahu membuat pembayaran apabila diberitahu peniaga tersebut yang burgernya berharga RM23.

Hal ini bermakna, sebiji burger special yang dibelinya berharga RM11.50 di mana ia jauh lebih mahal berbanding burger yang dijual di restoran makanan segera.

"Serius lah RM23? Repot KPDNHEP baru dia ada akal" - Netizen

Dalam pada itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut terkejut dan memberikan pelbagai reaksi mereka mengenainya.

Ketika artikel ini ditulis, posting berkenaan telah meraih 588 likes, 877 comments dan 1.2K shares di Facebook.

Berikut di bawah adalah antara komen daripada netizen di Facebook:

Mahal tu harga dia ikutkan, dah sama dengan harga burger restoran makanan segera :/

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

You may be interested in: