seismik

[VIDEO] "Hantu Sayur" - Penuh Melimpah, Wanita Terkedu Lihat Burger Hasil Pekerja McD Ini

Wow, banyak betul.

Cover image via @asyikinmdjofri (TikTok)

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Pasti ramai di sini yang lebih gemar membeli makanan secara dalam talian bukan?

Ia lebih memudahkan dan lebih menjimatkan masa berbanding beli sendiri di luar. Malah, kita juga boleh minta bermacam request semasa mahu membelinya.

Namun, lain pula dengan video yang tular di TikTok ini apabila seorang wanita meluahkan rasa kecewanya dengan burger yang dibelinya telah menarik perhatian ramai.

Lihat video penuh itu di bawah:

Terkejut tengok sayur melimpah-limpah pada burger

Menerusi video tersebut, kelihatan seorang wanita berkongsi makanan yang dipesannya. Dia membeli burger di salah sebuah restoran McDonalds.

Difahamkan, dia memesan agar diletakkan sayur sedikit lebih pada burgernya. Namun, apa yang lebih menarik perhatian adalah sebaik saja membuka bungkusan, dia terkejut melihat hasilnya.

Dia berkongsi rupa burgernya yang dilihat sayur begitu banyak sehingga melimpah keluar. Perkara itu membuatkan dia merasa kecewa dengannya.

"Pekerja McD tengah broken tu" - Netizen

Semantara itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut memberikan pelbagai pandangan dan reaksi mereka mengenainya.

Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 398.1K views, 28.8K likes dan 1,504 comments di TikTok.

Berikut di bawah adalah antara komen daripada netizen di TikTok:

Banyak betul ya dia bagi. Marah ke apa tu agaknya :)

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram dan temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

You may be interested in: