seismik

Dapat Scam Offer Kerja, Cara Lelaki Ini 'Diamkan' Perbualan Mesej Menghiburkan

Tahu takut.

Cover image via @techsupremo (Twitter) & Liputan6

Follow kami di Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Dengan peredaran teknologi pada masa kini, ia ternyata lebih memudahkan kita semua

Bukan hanya itu, ia juga boleh menjadikan kerja kita lebih cepat daripada sebelum ini. Pun begitu, kita juga perlu berhati-hati kerana ada juga yang mengambil kesempatan dalam ekonomi yang tidak menentu ini.

Contohnya seperti pencarian kerja yang dijanjikan dan akhirnya hanyalah dusta semata. Baru-baru ini, tular sebuah ciapan di Twitter memaparkan seorang individu scam tentang kerja yang diterimanya telah mendapat perhatian ramai. 

Lihat ciapan itu di bawah:

Minta bukti jika betul bekerja di syarikat itu

Menerusi ciapan tersebut, kelihatan seorang individu berkongsi perbualan WhatsApp antara dia dan seorang wanita.

Dapat dilihat wanita itu memulakan perbualan dengan memberitahu yang dia merupakan pekerja Shopee dan bertanya adakah lelaki itu memerlukan pekerjaan.

Namun, lelaki itu kemudian meminta apakah bukti yang wanita berkenaan bekerja di situ. Selepas memberikan gambar kad, lelaki itu meminta pula untuk dia swafoto bersebelahan kad itu.

Situasi itu membuatkan wanita itu terus tidak balas dan mendiamkan diri. Difahamkan, dia adalah scammer.

Gambar sekadar hiasan.

Image via Los Angeles Times

"Yang ini bukan Shopee Malaysia ni. Sebab Employee ID start dengan SPSZ" - Netizen

Dalam pada itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut berkongsi pengalaman sama dengan scammer tersebut.

Ketika artikel ini ditulis, ciapan berkenaan telah meraih 1,694 retweets, 119 quotes tweets dan 4,888 likes di Twitter.

Berikut di bawah adalah antara komen daripada netizen di Twitter:

Macam-macam jenis scam sekarang. Hati-hati guys!

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

You may be interested in: