“Besar Ni Je” - Isteri Mengadu Tak Cukup Masa Makan Fine Dining Dengan Suami Ini Cuit Hati
Ciput sangat tu.
Bagi pasangan suami isteri, masa bersama itu amatlah penting dan perlu dibahagikan dengan betul
Iyalah, barulah ada komunikasi dan hidupkan balik saat-saat romantik macam pertama kali berkenalan betul tak? Tak kisahlah pergi makan ke, tengok wayang ataupun yang lain, tetapi asalkan berdua.
Namun, lain pula dengan perkara lucu yang terjadi kepada pasangan ini semasa mereka sedang makan di sebuah restoran telah mencuit hati ramai.
Lihat video penuh itu di bawah:
Isteri mengadu 'tak cukup' makan sebab sikit
Menerusi video tersebut, kelihatan pasangan itu sedang menjamu selera di sebuah restoran mewah.
Namun, sampainya makanan tersebut. Si isteri mengadu kuantiti makanan itu dan memberitahu ia tidak cukup.
"Besar ni je bagi kita, mana cukup ni," katanya.
Situasi itu membuatkan pasangan tersebut tergelak sesama sendiri melihatnya.
"Kalau aku mungkin minta nasi dekat waiter tu" - Netizen
Dalam pada itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut memberikan pandangan dan reaksi mereka mengenainya.
Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 703.4K views, 33.5K likes dan 931 comments di TikTok.
Berikut di bawah adalah antara komen daripada netizen di TikTok:
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!