Anak-Anak Muda Kreatif Berniaga, Hiburkan Pelanggan Yang Datang Dengan Persembahan Tarian
Usaha mereka nak hiburkan orang tu.
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Sebagai peniaga, adalah penting untuk kita memastikan kualiti makanan atau barangan yang dijual
Tambahan lagi buat makanan, kerana jika sedap atau menarik pasti akan ada orang datang kembali.
Disebabkan kadang kala ramai yang menjual makanan sama jadi saingan itu agak sengit dan sukar untuk mendapat pelanggan.
Namun, ia terpulang kepada kreativiti peniaga masing-masing yang mahu menarik pelanggan untuk singgah ke kedai mereka.
Seperti video yang dikongsikan ini memaparkan sekumpulan anak muda kreatif dengan menari untuk menarik perhatian orang awam.
Image via @Cool_Wannabe82 (X)
Buat hiburan sambil berniaga
Menerusi video tersebut, kelihatan tiga orang anak muda berkenaan menjual pau di sebuah festival makanan.
Apa yang lebih mencuri perhatian adalah cara mereka menjual dan menarik perhatian pelanggan.
Dapat dilihat ketiga-tiga mereka menari serentak sekali gus untuk menghiburkan orang awam yang lalu di situ.
"Mahu aku join sekali menari macam ni" - Netizen
Dalam pada itu, tinjauan di ruangan komen mendapati netizen turut memberikan pelbagai reaksi mereka mengenainya.
Ketika artikel ini ditulis, video tersebut telah meraih 367.6K views, 1.3K repost dan 92 comments di laman X.
Berikut di bawah adalah antara komen daripada netizen di laman X:
Lihat video itu di bawah:
Kreatif juga cara menjual mereka, mungkin sekadar nak hiburkan orang awam juga :)
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!
Image via SAYS Seismik
Lagi artikel menarik di SAYS Seismik:
Leave a comment