[VIDEO] Pergaduhan Besar-Besaran Transgender Thailand & Filipina Di Bangkok Tular
Polis terus bergegas ke tempat kejadian sejurus menerima laporan.
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Tular di media sosial apabila berlaku konfrontasi di antara dua kumpulan wanita transgender warga Thailand dan Filipina
Insiden yang berlaku di Jalan Sukhumvit Soi 11 itu kemudiannya tular di media sosial, lapor Bangkok Post.
Selepas mendapat laporan, polis terus bergegas ke tempat kejadian. Keadaan menjadi lebih buruk apabila lebih ramai wanita transgender Thai berhimpun di lokasi kejadian selepas mendapat maklumat serangan itu tersebar di media sosial.
Punca pergaduhan didakwa pondan Filipina merompak seorang pondan Thailand
Difahamkan, kejadian berlaku selepas 20 orang pondan warga Filipina menyerang dan merompak seorang pondan warga Thailand.
Polis cuba meleraikan pergaduhan tersebut, namun keadaan pantas menjadi huru-hara apabila kumpulan pondan Thailand mula membaling botol ke arah kumpulan pondan warga Filipina yang baru tiba.
Pihak berkuasa juga dilihat bergelut untuk membendung keganasan yang semakin memuncak apabila kumpulan pondan Thailand mula mengheret kumpulan pondan Filipina keluar di hadapan hotel dan meneruskan serangan.
Polis akhirnya berjaya meleraikan pergaduhan dan menahan kedua-dua kumpulan penyerang serta mangsa, dan membawa mereka ke Balai Polis Lumpini.
Jumlah sebenar mereka yang ditangkap dan keadaan mereka yang cedera setakat ini tidak diketahui.
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!