seismik

[VIDEO] Pemuda Takut Tengok Pak Cik Dalam LRT Ajak Buat Benda Tak Senonoh - “Scary!”

Seram betul kalau kena situasi macam ini.

Cover image via X

Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Menaiki kenderaan awam sememangnya lebih mudah dan menjimatkan masa

Malah, kosnya juga lebih murah jika nak dibandingkan memandu sendiri betul tak? Namun, kita juga perlu berhati-hati ketika menaiki kenderaan awam ini.

Tambahan lagi, di tempat yang tidak berapa ramai orang kerana pelbagai jenayah boleh berlaku pada sesiapa saja.

Termasuklah gangguan seksual seperti yang dikongsikan oleh seorang pemuda ketika dia sedang menaiki kenderaan awam.

Image via X

Pak cik buat isyarat lucah dan ajak buat benda tak senonoh

Menerusi video tersebut, pemuda berkenaan berkongsi detik menyeramkan buat dirinya ketika sedang berada di dalam LRT.

Difahamkan, pada masa itu dia dalam perjalanan pulang ke rumahnya. Namun, tiba-tiba datang seorang lelaki yang duduk dihadapannya dan mula menunjukkan pelbagai isyarat tidak senonoh.

Dia kemudian terus merakam perbuatan lelaki itu untuk disimpan sebagai bukti.

"I kena harassment oleh dia masa menuju ke Titiwangsa but i tak perasan pun yang dia tengok-tengok I sebab I just focus on my phone and then dia pegang-pegang k*n*k dia bagi tunjuk I lepastu suruh I s*ck," tulisnya

"Dia sekarang tak kira lelaki perempuan, akan kena harrasment jugak" - Netizen

Melihat pada kejadian itu, netizen memberikan pelbagai reaksi mereka di ruangan komen laman X untuk mengutuk perbuatan tersebut.

"Lelaki pun tak selamat sekarang ni hm I feel so sorry for u," kata seorang netizen.

"Hope you safe now weh seram lahh I always take this line ulang alik kerja," kata seorang lagi netizen.

Ketika artikel ini ditulis, posting berkenaan telah meraih 1.2M views, 4K repost dan 304 comments di laman X.

Lihat video itu di bawah:

Rasa tak selamat sekarang nak naik kenderaan awam, macam-macam boleh jadi :/

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Lagi artikel menarik di SAYS Seismik:

You may be interested in: