Anak Austime Susah Didekati? Penasihat Kongsi 3 Cara Yang Ibu Bapa Boleh Lakukan
Semoga membantu!
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Setiap tahun pada 2 April, Hari Kesedaran Autisme Sedunia akan disambut untuk meningkatkan kesedaran dan pemahaman orang ramai tentang gangguan spektrum autisme
Namun, tidak semua orang peka tentang gangguan ini. Jadi, apa sebenarnya autisme ini?
Menurut Kementerian Kesihatan Malaysia, autisme ialah keadaan di mana interaksi sosial seseorang terganggu akibat masalah kemahiran berkomunikasi, tingkah laku tidak wajar yang berulangan, pemencilan diri serta mempunyai keinginan terhadap sesuatu benda.
Sempena Bulan Kesedaran Austime, kami akan mengupas lebih lanjut mengenainya autsime bersama Ketua Program Early Intervention Program di Organisasi Persatuan Kebangsaan Autisme Malaysia (NASOM), iaitu Puan Rosmawati Abdullah.
Kami meminta Puan Ros untuk menerangkan tentang tiga cara yang ibu bapa boleh lakukan untuk mendekati anak autisme:
1. Cuba untuk menerima dan memahami tentang autisme
Menurutnya, pendekatan yang betul ialah memahami perspektif anak mereka iaitu bagaimana autisme mempengaruhi proses deria, komunikasi dan interaksi sosial.
Bekerjasama dengan orang yang profesional bagi membangunkan strategi yang memenuhi keperluan khusus anak di mana dengan kerjasama ini dapat membina kepercayaan dan memupuk persekitaran pembelajaran yang positif.
Image via Provided to SEISMIK
2. Raikan kekuatan anak dan pupuk minat mereka
Individu autisme selalunya mempunyai bakat dan minat yang unik. Luangkan masa untuk meneroka minat ini dan berikan peluang untuk anak mengembangkan kemahiran mereka.
Ini mungkin melibatkan penyertaan mereka dalam aktiviti yang berkaitan dengan seni, muzik, teknologi atau apa sahaja yang mencetuskan kegembiraan mereka.
Fokus pada kekuatan membina keyakinan, harga diri, dan pencapaian. Adalah bagus jika kita dapat raikannya walaupun hanya pencapaian yang kecil.
Image via Provided to SEISMIK
3. Menyediakan rutin dan kaedah pembelajaran yang berstruktur
Tambahnya, dengan menggabungkan rutin secara strategik, ia dapat membantu mereka berasa selamat dan terjamin.
Ibu bapa boleh mencipta persekitaran pembelajaran yang menyokong yang memperkasakan anak autism mereka untuk berkembang.
Ibu bapa juga perlu bersikap positif. Jangan membuat perbandingan anak sendiri dengan anak orang lain kerana setiap individu autism memiliki cara pembelajaran serta pendekatan yang berbeza.
Beliau memberitahu, kunci utama bagi mendekati anak yang mempunyai autisme ialah dengan penglibatan sepenuhnya oleh ahli keluarga, ahli profesional dan separa profesional.
Pendekatan itu hendaklah bersifat konsisten dan berkesinambungan. Beliau menambah, kekuatannya adalah rasa sabar.
Image via Provided to SEISMIK
Bersempena dengan bulan kesedaran autisme juga, jangan lupa untuk saksikan program istimewa Malam Raya yang berkisahkan tentang kanak-kanak autisme, Anugerah Istimewa hanya di TV3 atau boleh strim melalui Tonton.
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!
Image via SAYS Seismik
Lagi artikel menarik di SAYS Seismik:
Leave a comment