[VIDEO] Iklan Raya Ini Buat Ramai Boleh Relate Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mertua
Adakah raya masih sama?
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Artikel ini ditaja oleh Maxis.
Bukan mudah nak biasakan diri dengan persekitaran baru, apatah lagi apabila hampir kesemuanya berbeza
Adakah raya masih sama? Bagaimana pula dengan juadah yang ada? Banyak persoalan yang akan bermain di minda.
Tetapi itu bukan halangan untuk kita meraikan Aidilfitri bersama insan tersayang, anda setuju tak?
‘Makna Raya Si Menantu’ kongsi momen pertama kali beraya bersama keluarga baru!
Tampil dengan iklan raya “Makna Raya Si Menantu” untuk tahun 2024, Maxis mengangkat tema dan jalan cerita mengenai dilema menantu apabila pertama kali beraya di rumah mertua.
Bukan mudah nak menyesuaikan diri dalam suasana baru bersama-sama dengan individu yang tidak dikenali.
Akan tetapi tak semestinya berbeza dan berlainan cara itu sesuatu yang salah. Asalkan kita sudi mencuba pasti ada banyak pengalaman yang boleh kita timba.
Bak kata pepatah, tak kenal maka tak cinta. Lagipun, inilah peluang kita nak menyelami ikatan baharu seikhlasnya.
Sarat dengan pelbagai emosi positif!
“Terpancar indah makna Aidilfitri, tersimpul silaturahim penuh erti”, inilah kata-kata yang ingin disampaikan melalui iklan raya tahun ini.
Maxis mahu anda sebagai penonton sentiasa berfikiran positif dalam menerima pengalaman baharu.
Jangan ada syak wasangka sebaliknya, jalani dan nikmati apa yang ada di hadapan mata anda dengan hati terbuka.
Walau di mana sahaja anda berada, makna raya dan kemeriahannya akan tetap sama dan ianya akan menjadi satu kenangan terindah yang akan anda ingati selamanya.
Selamat Hari Raya Aidilfitri daripada Maxis untuk semua dan jangan lupa tonton iklan raya viral 2024 ini, Makna Raya Si Menantu!
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!