Anak Autistik Didera Sehingga Ada Kesan Lebam, Bapa Kesal Kes Dianggap 'No Further Action'
Difahamkan, laporan polis telah dibuat pada 16 Januari lalu selepas mendapat nasihat daripada doktor.
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Seorang bapa terkejut apabila mendapati ada kesan lebam pada bahagian belakang anaknya setelah bawa pulang dari sebuah taska
Menerusi perkongsian Nazmi Zulkifli di Facebook, dia berkongsi telah menemui kesan lebam pada bahagian belakang badan anak sulungnya itu ketika hendak memandikannya setelah pulang dari taska.
Apabila ditanya, kanak-kanak itu tidak dapat memberi respon kerana dia merupakan seorang autistik non-verbal yang hanya mampu bercakap sepatah dua perkataan dan tidak mampu bina ayat dengan sempurna.
"Pada malam itu juga, saya dan isteri terus membawa dia ke Klinik Utama di Seksyen 7 dan doktor di sana berpendapat ini kesan dipukul. Kami juga cuba untuk contact cikgu Ayden namun tidak berjaya. Kami cuma dapat menghubungi cikgu lain dan dia memberitahu bahawa dia akan cuba bertanya pada keesokan harinya.
"Pada pagi 16 Januari 2025, isteri saya terus membawa Ayden berjumpa dengan doktor pakar di Hospital Shah Alam. Isteri saya juga telah menghubungi cikgu sebelum ini dan bila ditanya melalui telefon, cikgu itu mengatakan bahawa mungkin Ayden terjatuh semasa bermain gelongsor.
"Semasa di Hospital Shah Alam, isteri saya telah meminta pendapat lima orang doktor pakar dan kesemuanya mengatakan bahawa luka itu disebabkan dipukul dan bukannya terjatuh. Pada pagi yang sama juga isteri saya terus membuat laporan polis seperti yang dicadangkan oleh doktor-doktor di Shah Alam," tulisnya.
Image via Nazmi Zulkifli (Facebook)
Kecewa apabila kes dera melibatkan anak autistiknya yang dilaporkan pada pihak polis dianggap No Futher Action (NFA)
Menurutnya, dia tidak berkongsi kepada umum tentang kes ini kerana ianya masih dalam siasatan polis namun apabila mendapat berita kes terbabit dianggap NFA, dia berasa sangat kecewa.
"Selama sebulan ini, saya tidak menceritakan kepada semua kerana kes ini masih dalam siasatan polis. Dalam sebulan ini juga, tiada seorang cikgu dari taska itu yang mengaku dan semuanya mengatakan tidak tahu ada kesan lebam pada badan Ayden.
"Yang lebih malang, tiada CCTV di dalam kelas Ayden kerana dikatakan rosak dan sedang diselenggara. Statement cikgu yang mengatakan Ayden jatuh di gelongsor juga tidak benar kerana dalam CCTV, tiada kelibat Ayden bermain di gelongsor dan tiada sesiapa pun yang jatuh. Sehingga hari ini, tiada tangkapan reman dibuat ke atas mana-mana cikgu di taska tersebut.
"Hari ini, kami baru dapat berita dari pihak polis bahawa kes ini telah dianggap sebagai No Further Action (NFA) di mana tiada dakwaan atau tindakan akan diambil ke atas pihak taska atas alasan tiada bukti CCTV dan bukti tidak mencukupi.
"Sedangkan ada medical report dari pihak hospital yang mengatakan Ayden didera dan juga report dari pusat terapi Ayden yang mengatakan perubahan Ayden yang sangat ketara selepas kejadian itu. Ini satu berita yang amat mengecewakan kami sekeluarga kerana dengan sebegitu mudah sekali kes ini dilepaskan. Selamatkah anak-anak kita dihantar ke taska hanya kerana tiada bukti CCTV, semua pihak yang bertanggungjawab terlepas begitu sahaja," ujarnya.
Tambah Nazmi, dia memohon doa semua pihak agar keadilan terbela buat anak istimewanya
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!
Image via SAYS Seismik
Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:
Leave a comment