seismik

Apple Kini Lancarkan iPhone 16e Terbaharu, Bakal Gantikan iPhone SE

Lagi-lagi iPhone.

Cover image via

Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Ku sangka panas sampai ke petang, rupa-rupanya iPhone 16e pula yang Apple bakal keluarkan

Sudah pasti ramai yang menjangkakan iPhone SE keluaran baharu Apple bakal dilancarkan namun Apple mengejutkan ramai penggunanya apabila memperkenalkan iPhone 16e sebagai produk terbaharu mereka.

Sekilas pandang, iPhone 16e sememangnya menyerupai 'abangnya' iPhone 16 tetapi dengan paparan OLED 6.1 inci.

Walau bagaimanapun, produk terbaharu ini tidak mempunyai Dynamic Island dengan mengekalkan traditional notch dan menampilkan satu kamera belakang 48-megapiksel 2 dalam 1 yang berfungsi sebagai lensa telefoto standard dan zoom 2x.

Image via Apple (YouTube)

iPhone 16e hadir dengan chip A18 dan merupakan iPhone pertama yang menggabungkan modem selular dalaman syarikat, Apple C1

Ini bermakna produk tersebut menyokong penuh ekosistem Apple Intelligence, sama seperti koleksi iPhone 16 yang lain.

Pilihan storan yang disediakan adalah antara 128GB hingga 512GB, dan Apple memberitahu ia mempunyai hayat bateri terbaik yang pernah ada pada iPhone berukuran 6.1 inci, boleh bertahan selama 12 jam lebih lama daripada iPhone SE.

iPhone 16e membenarkan sambungan satelit di kawasan 'zero coverage', berguna jika berlaku kecemasan.

Image via Apple (YouTube)

iPhone 16e boleh didapatkan dalam dua warna, Matte Black dan Matte White, berbeza dengan pilihan yang ada pada siri iPhone 16

Ia mengekalkan ciri utama seperti anti percikan dan habuk, Action Button dan sambungan satelit.

Pengeluaran iPhone 16e boleh menggambarkan permulaan kitaran baharu iPhone 'pemula' menggantikan iPhone SE dengan pilihan yang lebih berpatutan berbanding siri iPhone 16 yang lain.

Bermula dengan harga RM2,999 atau RM124.96 sebulan selama 24 bulan, iPhone 16e akan tersedia untuk pre-order bermula 21 Februari manakala penjualan secara umum pada 28 Februari.

Image via Apple (YouTube)

Lihat video penuh pelancaran iPhone 16e di bawah:

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: