seismik

Buat Live TikTok Sambil Niaga Colek Buah Thai, Pemuda Kongsi Jualan Sold Out Setiap Minggu

Sedapnya!

Cover image via Amat Larbsib (disediakan untuk SAYS)

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Walaupun baru berniaga dalam tempoh 6 bulan, Amat Larbsib berjaya memastikan jualan colek buah Thai Namplawan resepinya sentiasa sold out setiap minggu

Pada usia 32 tahun, Amat telah mencipta nama dengan menjual colek buah namplawan 'signature' yang telah dijualnya setiap hujung minggu selama enam bulan berturut-turut!

Menurutnya, ramai pelanggannya hadir dari TikTok memandangkan dia akan sentiasa membuat live semasa menjalankan perniagaan.

Tambahnya lagi, pelanggan yang hadir juga turut ada dalam kalangan pengikutnya di laman sosial menyokong jualannya itu.

Jika anda penggemar colek buah, anda wajib cuba Colek Buah Thai Namplawan daripada Amat Larbsib ini!

Bercakap kepada SAYS, pemilik perniagaan itu berkongsi bahawa dia bermula berniaga hanya untuk tujuan keperluan kewangan.

"Sejujurnya, saya pernah berdepan dengan cabaran kewangan sebelum ini.

"Sebagai anak sulung, saya memikul tanggungjawab yang besar untuk menjaga ibu dan kakak saya. Ayah saya sudah meninggal dunia 10 tahun lalu," katanya.

Disebabkan ibunya seorang pengusaha gerai makanan kecil di kampungnya, Amat memutuskan untuk meningkatkan minatnya terhadap makanan buah-buahan dengan menjalankan perniagaannya sendiri.

Sejak muda lagi, Amat sudah mempunyai pengalaman dalam keusahawanan. Semasa di kolej, dia pernah menjual masakan Thai seperti som tam dan pad kra pow

Semasa PKP, dia telah bereksperimen dengan sos masam manis Thai dan sos hijau dengan menjualnya di platform TikTok.

Tetapi kali ini, dia mahukan lebih daripada sekadar menjual sos, dia mahukan perniagaan melalui gerainya sendiri.

"Alhamdulillah, mama sayalah yang terbaik.

"Dia memberi saya resipi, dan hari ini saya telah menjual colek buah namplawan selama enam bulan, dan ia habis dijual setiap hujung minggu!" katanya

Amat menggunakan kombinasi sos khasnya yang dicurah di atas gabungan potongan mangga, sengkuang, kedondong, jambu batu dan betik.

'Manis, masam, zaap!', itulah apa yang dikatakan apabila diminta gambarkan hidangan itu dalam tiga perkataan.

Menurutnya, ia adalah keseimbangan perisa yang sempurna, membuatkan pelanggan ketagih sehingga mereka datang kembali untuk membelinya.

"Resipi ini sememangnya berasal dari Thailand, kerana ibu saya adalah orang Siam. Namun, dalam colek buah saya, saya menyuntik cita rasa tempatan seperti mencampurkan serbuk asam boi dengan kepingan cili Thai untuk bagi lebih kick! Sos Namplawan ini kaya dengan rasa, lazat dan pasti menjadi kegemaran ramai," kongsinya.

Sementara colek buah namplawan dibuat untuk buah-buahan segar dan berair, Amat turut recommend untuk makan hidangan itu dengan ayam panggang, daging, dan ikan

"Keropok lekor pun sedappp," tambahnya sambil tersengih.

Dan bagi mereka yang tertanya-tanya betapa pedasnya sosnya, jangan risau, ia tidaklah sepedas yang tidak semua orang boleh terima! 

"Haha, sos ini tidak begitu pedas. Semua orang masih boleh menikmatinya. Saya akan katakan kira-kira 4 daripada 10 pada tahap pedasannya," katanya.

Lihat video di bawah:

Bukan sahaja hidangan colek buah, Amat juga suka bereksperimen dengan hidangan lain antaranya Laksa Lemak Siam

"Memandangkan saya juga ada memasak Laksa Lemak Siam, saya telah mencubanya dengan salmon, sedappp!" katanya.

Bayangkan rasa berkrim Laksa Lemak Siam yang kaya dengan kelapa bercampur dengan rasa kick masam dari sos khasnya!

Tonton video cara memasak hidangan itu di bawah:

Terliur tengok hidangan-hidangan ni? Datanglah ke gerai Colek Buah Thai Namplawan Amat di Budu Poyok, Hill Park Puncak Alam setiap Sabtu dan Ahad mulai jam 5 petang!

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: