seismik

Vokalis Green Day, Billie Joe Kibar Bendera Palestin Semasa Konsert Di Malaysia Dipuji

Konsert Green Day di Malaysia telah berlangsung di Stadium Hoki Nasional Bukit Jalil, Kuala Lumpur pada 18 Februari.

Cover image via X

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Vokalis Green Day, Billie Joe Armstrong membuat kejutan apabila membawa naik bendera Palestin ketika membuat persembahan di Kuala Lumpur pada 18 Februari

Dalam konsert yang diadakan di Stadium Hoki Nasional Bukit Jalil itu, vokalis band berkenaan telah membawa naik bendera Palestin selepas salah seorang penonton bertindak menghulurkan bendera berkenaan kepadanya.

Menerusi sebuah video perkongsian @FanieIzz di X, ddia berkongsi bendera tersebut merupakan pemberian mereka ketika Billie berada berdekatan dengannya.

Sebelum ini pernah tular Green Day telah menyebut perkataan Palestin dalam lirik sebuah lagu mereka di sebuah konsert di Mexico

Dalam sebuah konsert mereka di Autódromo Hermanos Rodríguez, Mexico City, Mexico, Billie telah menyebut perkataan Palestin dalam lirik salah sebuah lagu mereka dalam album American Idiot.

Dalam lirik tersebut, ia menggambarkan bagaimana keadaan rakyat Palestin yang berada dalam situasi peperangan.

Lihat video tersebut di bawah:

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: